Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sengkudaw[s«N.ku.dAw]kata kerjamenangis dengan suara yang kuat dan bersungguh-sungguh.Entah ngapele budak ni, tak pasal-pasal sengkudau die.[«n.tAh NA.p«.l« bu.dA/ ni tA/ pA.sAl.pA.sAl s«N.ku.dAw di.j«]Entah mengapalah budak ini, tidak pasal-pasal menangis dengan kuat dan bersungguh-sungguh.
bejenang[b«.dZ«.nAN]kata kerjamenegakkan kebenaran dengan bersungguh-sungguh.Nak tunjok die tu tak curik die bejenang tak ngaku kalah.[nA/ tun.dZo/ di.j« tA/ tSu.Äi/ di.j« b«.dZ«.nAN tA/ NA.ku ]Hendak menunjukkan dia itu tidak mencuri, dia bertahan bermati-matian dan tidak mahu mengaku kalah.
siageh[si.jA.geh]kata adjektifberkenaan hasil kerja yang baik.Kalau keje tak besunggoh tentu hasel keje tu tak siageh.[kA.lAw k«.dZ« tA/ b«.suN.goh t«n.tu hA.sel k«.dZ« tu tA/ Jika kita membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh, tentulah hasil kerja itu tidak baik.

Kembali ke atas