Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)

385

Keep your nose out of other people’’s business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jaga tepi kain orang

'' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tali perot[tA.li p«.Äot] tali pinggang yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain kurung Johor.Ikat kaen tu tak payah pakai tali perot, tali pinggang kan ade.[i.kAt kAen tu tA/ pA.jAh pA.kAj tA.li p«.Äot tA.li piN.gAN Ikat kain itu tidak payah guna tali yang diperbuat daripada kain, tali pinggang kan ada.
cerem[tS«.Äem]kata namaperca kain yang sangat kecil.Mak sambung cerem yang ade buat kaen kesat kaki.[mA/ sAm.buN tS«.Ä«m kAen jAN A.d« bu.wAt kAen k«.sAt ]Emak mencantumkan perca kain yang kecil-kecil untuk dibuat kain pengesat kaki.
tugong[tu.goN]kata namakain buruk (Pulau Aur, Mersing).Aji pegi ambek tugong, buat kesat ae tumpah.[A.dZi p«.gi Am.be/ tu.goN bu.wAt k«.sAt Ae tum.pAh]Kamu pergi ambil kain buruk untuk mengesat air yang tumpah.
beridai[b«.Äi.dAj]kata namakain baju yang tersidai di ampaian.Bile nak angkat beridai engkau tu, kan ari nak ujan.[bi.l« nA/ AN.kAt b«.Äi.dAj «N.kAw tu kAn A.Äi nA/ u.dZAn]Bila hendak angkat kain baju engkau yang tersidai itu, bukankah hari sudah hendak hujan?
beranak[b«.ÄA.nA/]kata adjektifberkenaan susunan ikatan tepi kain kurung Johor yang tidak kemas.Mengelon kaen tu biar betol-betol, karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengelon kain itu biarlah cermat, nanti beranak pula.
tokpu[to/.pu]kata namaalat pemegang periuk panas yang dibuat daripada perca kain; tokkon.Bawak sini tokpu, mak nak angkat kuali panas.[bA.wA/ si.ni to/.pu mA/ nA/ AN.kAt ku.wA.li pA.nAs]Bawa ke sini kain pemegang periuk itu, emak nak angkat kuali panas.
tokkon[to/.kon]kata namaalat pemegang periuk panas yang dibuat daripada perca kain; tokpu.Mane tokkon ni, periyok ni panas sangat, meleco tangan kawan.[mA.n« to/.kon ni p«.Äi.jo/ ni pA.nAs sA.NAt m«.l«.tSo tA.Nan Mana kain pemegang, periuk ini panas sangat, melecur pula tangan saya.
becemabai[b«.tS«.mA.bAj]kata adjektifberkenaan kain dan lain-lain yang bercarik-carik, berjerabai; besemunyas; besemuyas.Tak senonoh budak ni, kaen batek dah becemabai pon pakai.[tA/ s«.no.noh bu.dA/ ni kAen bA.te/ dAh b«.tS«.mA.bAj pon pA.kAj]Tidak senonoh perangai budak ini, kain batik yang sudah bercarik-carik pun masih dipakai.
elon[e.lon]kata namasusunan sama lebar (bagi kain kurung Johor), kira-kira sepelempap untuk tiga atau empat susun dan diikat di tepi pinggang.Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak.[bu.wAt e.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kAN t«.bu.ÄAj pu.lA/]Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula.
mengelon[m«.Ne.lon]kata kerjamenyusun sama lebar lipatan kain kurung Johor dengan kemas, sama ada dikumpulkan di sebelah kiri atau kanan kemudian diikat dengan tali pinggang atau ‘tali perut’.Mengelon kaen tu biya betol-betol karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengikat kain itu biar betul-betul, nanti beranak.
123

Kembali ke atas