Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuk­nya (bangunnya) sbg: lambang ne­gara­­nya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg me­ngandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. ber­kelakuan, berperangai: orang yg sistem saraf­nya terganggu itu ~ spt orang mabuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kelontang[k«.lon.tAN]kata namaalat untuk menandakan adanya jaring hanyut yang dipasang di sesebuah kawasan laut pada waktu malam. Kelontang berupa rakit kecil yang mempunyai papan dan lampu pada tiang yang tegak di atas dan dihubungkan pada pelampung jaring tersebut. Jikalau waktu malam, dipasang lampu dan waktu siang dipasang bendera.Pasang le bendere baru nampak kelontang kite.[pA.sAN l« b«n.de.Ä« bA.Äu nAm.pA/ k«.lon.tAN ki.t«]Pasanglah bendera baru nampak kelontang kita.
langgai[lAN.gAj]kata namaalat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap.Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau.[gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw]: Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau.

Kembali ke atas