Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
buran[bu.ÄAn]kata kerjamenghalau haiwan ternakan.Kau pegi buran ayam tu masok reban.[kAw p«.gi bu.ÄAn A.jAm tu mA.so/ Ä«.bAn]Engkau pergi halau ayam itu supaya masuk ke dalam reban.
seligan-ligan[s«.li.gAn.li.gAn]kata tugaskesemuanya.Seligan-ligan die angkot masok lori.[s«.li.gAn.li.gAn di.j« AN.kot mA.so/ lo.Äi]Kesemuanya dia angkut masuk ke dalam lori.
nyelalak[ø«.lA.lA/]kata kerjaterbabas ke hadapan, ke kiri atau ke kanan, misalnya kenderaan.Jalan licen, kete nyelalak masok paret.[dZA.lAn li.tSen ke.t« ø«.lA.lA/ mA.so/ pA.Äet]Jalan licin, kereta terbabas lalu masuk ke dalam parit.
jajau[dZA.dZAw]kata namaderetan kayu (biasanya kayu gelam, nibung atau bakau) yang dipasakkan rapat-rapat ke dasar laut membentuk huruf V untuk menyekat ikan yang lalu supaya masuk ke dalam jaring berkerucut.Sebelom kau buat jajau buat le ibu ambai dulu.[s«.b«.lom kAw bu.wAt dZA.dZAw bu.wAt l« i.bu Am.bAj du.lu]Sebelum kau buat jajau buatlah ibu ambai dulu
langgai bubu[lAN.gAj bu.bu] bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut.Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol.[lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol]Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul.
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.

Kembali ke atas