Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cahaya atau sinar yg me­nyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. mene­rangkan 1 membuat atau men­jadi­kan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan su­paya terang atau supaya jelas; meng­huraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; me­mak­lumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; pen­jelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Terang kabut,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clearthe photograph was very ~, gambar itu cukup terang; 4. unmistakable, jelas, nyata, terang-terang: he scored a ~ win on points, jelas dia menang dgn kiraan mata; it is a ~ case of bribery, terang-terang itu kes rasuah; 5. definite, jelas, nyata: this is a ~ indication that both parties are willing to compromise, ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pihak sanggup berkompromi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
face /speak, stand/ ~ to ~, /bercakap, berdiri/ /berhadap-hadapan, berdepan-depan, bersemuka/; to so’s ~, di hadapan muka sso, terang-terang kpd sso: I told him to his ~ that he was a liar, saya mengatakan terang-terang kepadanya bahawa dia pembohong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barefacedadj 1. (of person) tdk (tahu) malu, bermuka /tebal, tembok/: a ~ liar, pembohong yg tdk tahu malu; 2. (of action, word) secara /terang-terang, tdk berselindung(-selindung) lagi/: a ~ lie, bohong secara terang-terang; a ~ fraud, penipuan secara tdk berselindung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apparentlyadv 1. obviously, nyata, jelas, ketara, terang-terang: she ~ misunderstood everything I said, jelas bahawa dia telah salah faham akan segala yg saya katakan; 2. seemingly, nampaknya, tampaknya, kelihatannya: a man who is ~ devoted to his family,lelaki yg nampaknya amat kasihkan keluarganya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forthrightadj terus terang; (of person, manner) suka berterus terang, terus terang: he made a ~ statement of their position, dia membuat kenyataan yg terus-terang ttg kedudukan mereka; Mr Davidson has the reputation of being ~, Encik Davidson dikenali sbg orang yg suka berterus-terang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faceshow o’s ~, menunjukkan muka sso: never show your ~ here again, jangan sekali-kali tunjukkan muka kamu di sini lagi; /speak, stand/ ~ to ~, /bercakap, berdiri/ /berhadap-hadapan, berdepan-depan, bersemuka/; to so’s ~, di hadapan muka sso, terang-terang kpd sso: I told him to his ~ that he was a liar, saya mengatakan terang-terang kepadanya bahawa dia pembohong; turn /so., st/ ~ up, menelentangkan /sso, sst/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brilliantadj 1. shining brightly, terang; (intensively) terang-benderang: bathed in ~ sunshine, bermandikan sinar matahari yg terang-benderang; 2. sparkling (of jewels, stars, etc) berkilau(-kilauan); 3. (of colour) vivid, terang: the garden was a mass of ~ colour, taman itu penuh dgn bunga yg terang warnanya; a ~ red, warna merah terang; 4. outstanding, a. (because so., st is very clever) bijak: a ~ scholar, sarjana yg bijak; a ~ idea, gagasan yg bijak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bright3. full of light, terang-benderang: the room was ~ with sunshine, bilik itu terang-benderang disinari matahari; 4. (of colour) vivid, terang: a ~ red dress, baju merah terang; the room was adorned with ~ flowers, bilik itu dihiasi bunga-bunga berwarna terang; 5. (of voice) distinct and clear, jelas, terang; 6. (of eyes) bersinar; 7. radiant, berseri: her face was ~ with happiness, mukanya berseri krn gembira; 8. happy, cheerful, riang, ria, gembira: a ~, friendly girl, gadis yg riang dan ramah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flagrantadj terang-terangan: a ~ crime, jenayah yg terang-terangan; a ~ sinner, pembuat dosa terang-terangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
franklyadv 1. in a frank manner, (dgn) terus-terang: to speak ~, bercakap terus-terang; 2. honestly, (secara, dgn) terus terang: ~ (speaking), she bores me, secara terus terang (saya katakan), dia membosankan saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas