Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai bersahabat dengan ular bisa.

Bermaksud :

Berkawan dengan orang yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
friendbe ~s with, berkawan dgn, kawan: Fatimah is ~s with Aziah, Fatimah berkawan dgn Aziah or Fatimah kawan Aziah; have ~s in high places, mempunyai kawan yg berpangkat besar; /be, make / ~s again, berkawan /balik, semula/; make ~s with, make a ~ of, berkawan dgn.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gregariousadj 1. (of person) enjoying the company of others, suka berkawan: she is the ~ type, dia jenis yg suka berkawan; 2. (of animals) living together in herds or flocks, berkawan, berkelompok; 3. (of plants) growing close together, rumpun: the bamboo is a ~ plant, buluh ialah tumbuh-tumbuhan rumpun; 4. tending to group together, suka hidup /berkelompok, berkumpulan/: human beings are by nature ~, secara semula jadi manusia suka hidup berkelompok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
friendlessadj tanpa teman, tdk /berteman, berkawan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
famouslyadv (colloq ) excellently, dgn sangat baik: the children were getting on ~, budak-budak itu berkawan dgn sangat baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
althoughconj walaupun, sungguhpun, meskipun: ~ they do not have much in common, they are good friend, walaupun persamaan antara mereka tdk banyak, mereka berkawan baik; Sandra was looking well ~ she had slept little, Sandra kelihatan segar walaupun tidurnya sedikit; he did not open the windows ~ it was sweltering in the room, dia tdk membuka tingkap walaupun bilik itu panas sekali; ~ poor Alias is happy, sungguhpun miskin, Alias gembira.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drove1n herd, flock, kawanan: a ~ of cattle, kawanan lembu; in ~s, beramai-ramai, berduyun-duyun; (of animals) berkawan-kawan: voters came in ~s, pengundi-pengundi datang beramai-ramai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facultyn 1. ability, skill, kebolehan; (inherent, natural) sifat bawaan: an extraordinary ~ for learning languages, kebolehan yg luar biasa mempelajari bahasa; the child has a ~ for making friends easily, kanak-kanak itu mempunyai sifat bawaan berkawan dgn mudah; 2. power, a. (rel to the mind) daya: ~ of perception, daya persepsi; mental ~, /fakulti, kebolehan/ mental; b. (rel to the body) kemampuan, kebolehan: the ~ of hearing, kemampuan mendengar; the ~ of speech, kebolehan bercakap; 3. (of university etc) fakulti: the Law F~, Fakulti Undang-Undang; a ~ meeting,mesyuarat fakulti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas