Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pas] | هامڤس

Definisi : 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pas] | هامڤس

Definisi : sisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampas (kata nama)
Bersinonim dengan sisa, baki, kerdak, keladak, latak, endap-endap, sepah, semperah, bahan buangan.,

Puisi
 

Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bagassen hampas tebu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deadheadn 1. free ticket-holder, pemegang tiket percuma; 2. useless, unenterprising person, orang yg tdk berguna, hampas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas