Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.boh] | هيبوه

Definisi : (héboh) 1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan ke­gemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkata­kan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang; menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggempar­kan: kejadian itu ~ suasana di kampung itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat su­paya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap mengenainya: dia tidak suka ~ pe­ristiwa yg menimpa keluarganya; kehebohan keadaan heboh (kecoh, gem­par), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.boh] | هيبوه

Definisi : /héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
heboh (adjektif)
Bersinonim dengan gempar, kecoh, hingar, hingar-bingar, riuh, riuh-rendah, huru-hara, kelam-kabut, gaduh, kacau, geger;,
Kata Terbitan : menghebohkan, mengheboh-hebohkan, kehebohan,

Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fussmake a ~, buat /kecoh, heboh/: he made a ~ about the bad service, dia buat kecoh ttg layanan yg buruk itu; make a ~ /of, over/, /bersusah-susah, bersusah-payah/ melayan: she made a ~ of the children, dia bersusah-susah melayan budak-budak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fussn nervous or excited activity, commotion, kekecohan, kehebohan, kecoh, heboh: what’s all the ~ about ?, apa yg kecoh ini?; it’s a lot of ~ about nothing, banyak kecoh tdk berpasal; she causes a ~ wherever she goes, dia buat kecoh di mana sahaja dia pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hullabaloon 1. disturbance, uproar, kehebohan: the news caused a ~, berita itu menimbulkan kehebohan; 2. confused noise, bunyi bising,iuh rendah: there was a lot of shouting and ~ at the harbour, jerit pekik dan riuh rendah di pelabuhan; make a ~ about st, membuat /heboh, bising/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
createvt 1. bring into existence, mencipta; (by the Divine Act) mencipta, menjadikan: the artist has ~d a masterpiece, pelukis itu telah mencipta sebuah karya agung; God ~d the universe, Tuhan mencipta alam semesta; 2. set up, bring forth, mewujudkan; (department, organization, etc) menubuhkan, mewujudkan: to ~ a new and dynamic society, mewujudkan satu masyarakat yg baru dan dinamik; a new department was ~d, sebuah jabatan baru telah ditubuhkan; 3. cause, bring about, menimbulkan: his appearance ~d a sensation, kemunculannya telah menimbulkan sensasi; to ~ a disturbance, menimbulkan kekacauan; to ~ a good impression, menimbulkan tanggapan yg baik; ~ a scene, berbuat heboh; 4. invest with rank, melantik [sso] sbg: the Queen ~d him an earl, Baginda Ratu telah melantiknya sbg earl.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas