Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wan] | کاون

Definisi : 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wan] | کاون

Definisi : sj ikan darat, Labiobarbus curieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wan] | کاون

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wan] | کاون

Definisi : 1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
girlisn’t that Mr. Smith’s ~?, bukankah itu anak perempuan Encik Smith?; 6. (in pl) group of women, kawan-kawan perempuan: it’s her night out with the ~s, malam ini ialah malam dia keluar dgn kawan-kawan perempuannya; 7. female worker, wanita yg bekerja di: office ~s are very fashionable, wanita-wanita yg bekerja di pejabat gemar berfesyen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feastvt menjamu: to ~ o’s friends, menjamu kawan-kawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kingvt; ~ it, (over o’s associates, colleagues, etc) berlaku spt raja (thdp kawan-kawan sso, rakan-rakan sejawat sso, dll).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dominate~ over, menguasai, mendominasi: being a big boy, he tends to ~ over his classmates, krn berbadan besar, dia suka menguasai kawan-kawan sedarjahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ on, a. visit, mengunjungi; b. also ~ upon, ask, meminta: to ~ on o’s friends to help out, meminta kawan-kawan menolong; c. also ~ upon, invite (to speak etc) mempersilakan, mengundang; d. also ~ upon, appeal, menyeru: the Prime Minister ~ed on the people to co-operate with the government, Perdana Menteri menyeru rakyat bekerjasama dgn kerajaan; e. invoke, menyeru: to ~ on the spirits of the dead, menyeru roh orang mati; feel ~ed upon, berasa perlu: he felt ~ed upon to explain his actions, dia berasa perlu menerangkan tindakannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
land~ so. with /so., st/, (colloq), /membebankan, menyusahkan/ sso dgn /sso, sst/: you’re not going to ~ me with all your friends this weekend, are you?, kamu tak akan menyusahkan saya dgn kawan-kawan kamu pd hujung minggu ini, kan?; I was ~ed with all the arrangements for the trip, saya dibebankan dgn semua urusan rombongan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drinkingadj 1. rel to (the consumption of) alcohol, minuman keras: ~ laws, undang-undang minuman keras; 2. a. who drinks with one, minum: his ~ mates, kawan-kawan minumnya; b. who enjoys drinking, (orang yg) suka minum, peminum: he claimed that he was not a ~ person, katanya dia bukan orang yg suka minum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hall4. (in college and university) residence building, asrama, kolej kediaman: she lived in ~ last year but now she shares a flat with friends, dia tinggal di asrama tahun lepas tetapi sekarang dia berkongsi tempat tinggal di flat dgn kawan-kawan; 5. dining-hall at a residential college, dewan makan (asrama).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
friendb. term used in referring to so, rakan, saudara, kawan: my learned ~, rakan saya yg arif; my honourable ~, yg berhormat; 8. (humorous) person known, kawan: our ~ with the buck-teeth is absent today, kawan kita yg bergigi jongang itu tdk datang hari ini; our ~s the Special Branch, kawan-kawan kita dr Cawangan Khas; 9. member of the Society of Friends, Kuaker;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boy~s will be ~s, kalau lelaki, lelaki juga; a mother’s ~ (colloq) anak jantan emak; the ~s, a. (colloq) group of men, orang lelaki; b. (colloq) a man’s male friends, /kawan-kawan, teman-teman (lelaki)/ sso: he has gone out with the ~s, dia keluar dgn kawan-kawannya; c. also our ~s, (affectionately) soldiers, askar-askar kita: Hari Raya cakes for our ~s at the front, kuih-kuih Hari Raya utk askar-askar kita di sempadan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas