Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bantamn 1. small-sized fowl, ayam katik; 2. small, aggressive person, kecil-kecil /cili, lada/ /padi, api/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fragmentationn perpecahan, pemecahan: the dispute led to the ~ of the church into a number of smaller sects, persengketaan itu mengakibatkan perpecahan gereja menjadi sejumlah mazhab yg kecil-kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat-chestedadj (derog) berbuah dada kecil, buah dadanya kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
infinitesimaladj very small, minute, /amat, sangat/ kecil: an ~ difference, perbezaan yg amat kecil; an ~ amount, jumlah yg amat kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fractionaladj 1. very mall, insignificant, sedikit, kecil; (of part of st) kecil: the difference in price is only ~, perbezaan harga sedikit sahaja; this lecture forms only a ~ part of the course, kuliah ini hanya merupakan sebahagian kecil drpd kursus itu; 2. (math) pecahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depreciatory, depreciativeadj memperkecil-kecil: ~ comment, komen yg memperkecil-kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chortlevi ketawa kecil: he ~d with glee, dia ketawa kecil krn riang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
diminutiveadj sangat kecil; (of person) kenit: ~ state, negara yg sangat kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chucklevi laugh softly, tertawa kecil: he ~d as he read the letter, dia tertawa kecil ketika membaca surat itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
babyvt memperlakukan spt anak kecil: I hate being babied, saya tdk suka diperlakukan spt anak kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas