Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Balai Cik Wan kecil,
     Bentuk panjang lima;
Bertunang dari kecil,
     Menikah bulan lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
extra-pref 1. (colloq) very, lebih, ekstra: ~ long, lebih panjang; ~small, lebih kecil; 2. outside, beyond, luar: extralinguistic factors, faktor-faktor luar linguistik; ~marital sex, seks luar nikah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
besideprep 1. at or by the side of, next to, di /sebelah, sisi, samping/; (sea, river, lake) di tepi: he sat ~ her on the sofa, dia duduk di sampingnya di kerusi panjang itu; she walked ~ me, dia berjalan di sebelah saya; in the room is a table with two chairs ~ it, di dlm bilik itu ada sebuah meja dgn dua buah kerusi di sampingnya; a fishing village ~ the sea, sebuah kampung nelayan di tepi laut; 2. compared with, dibandingkan dgn: he seems small ~ his brother, dia kelihatan kecil dibandingkan dgn abangnya; ~ him, other singers seem amateurish, dibandingkan dengannya penyanyi-penyanyi lain kelihatan amatur; 3. on a par with, /setanding, sebanding/ dgn: a writer who can be ranked ~ the best , penulis yg dapat diletakkan setanding dgn penulis-penulis terbaik; 4. (archaic) see BESIDES (sense 2.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas