Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga; berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll); mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menan­dingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi ber­pasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengi­ringi, menemani, menyertai, membantu, me­nolong; mengembarkan menjadikan berkembar (ber­pasangan dll), mengapitkan; terkembari; tiada ~ tidak dapat mengem­bari atau dikembari (ditentangi), tiada terla­wan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini! kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kem­bar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembar
1. Bersinonim dengan pasang
( bandung, gencet, dempet, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan serupa
( seragam, sama, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkembar, mengembari, mengembarkan, kembaran,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
differentiatevi 1. tell the difference, membezakan: he was not able to ~ between the elder and the younger of the twins, dia tdk dapat membezakan antara kembar yg lebih tua dgn kembar yg lebih muda; 2. discriminate, membeza-bezakan: she did not ~ between her son and her stepson, dia tdk membeza-bezakan antara anaknya dan anak tirinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
identical~ twins, kembar /seiras, seuri/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dual carriagewayn jalan /duaan, kembar/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doubleadj 1. twice as much, sekali ganda; (of liquour) dua sukatan: he paid ~ fare to get a window seat, dia membayar tambang sekali ganda untuk mendapat tempat duduk yg bertingkap; she had to do ~ work while her partner was ill, dia terpaksa membuat kerja sekali ganda semasa rakan sekerjanya sakit; he ordered a ~ whisky, dia meminta wiski dua sukatan; 2. composed of two similar things, kembar: ~ lines, garisan kembar; ~ doors, pintu kembar; ~ yolk, kuning telur kembar; a ~ - paged advertisement, iklan halaman kembar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indistinguishableadj difficult to tell apart, distinguish, tdk dapat dibezakan: the twins are ~ from one another, kembar dua itu tdk dapat dibezakan antara satu sama lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
differvi 1. be dissimilar, berbeza, berlainan: the twins ~ markedly in appearance, kembar itu berbeza sekali dr segi rupa; the two reports ~ completely, dua laporan itu berbeza sama sekali; his accent ~s from his parents’, telornya berbeza drpd telor ibu bapanya; 2. disagree, bertentangan pendapat, tdk bersetuju: we ~ with him on this matter, kami bertentangan pendapat dengannya dlm perkara ini; agree to ~, bersetuju utk berbeza; I beg to ~, (fml) saya tdk bersetuju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
join~ so. at; be ~ed at, /bersambung, bercantum/ di: the Siamese twins are ~ed at the perineum, kembar Siam itu bersambung di bahagian perineum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apart2. at interval(s) of, selang, lat: the twins were born three minutes ~, anak kembar itu dilahirkan selang tiga minit; the cars left the starting-point five minutes ~, kereta-kereta itu berlepas dr tempat permulaan selang lima minit; 3. away, at a distance, berjauhan; (because of marital problems) berasingan: due to his job commitments, he had to live ~ from his family, oleh sebab tanggungjawab thdp kerjanya, dia terpaksa tinggal berjauhan drpd keluarganya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deliver~ so. of; be ~ed of, (fml) melahirkan: she was ~ed of twins, dia melahirkan anak kembar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inseparablyadv (rel to relationship) begitu [adj] hingga tdk boleh /berpisah, bercerai/: the twins are ~ close, kembar itu begitu rapat hingga tdk boleh berpisah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas