Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kusut di hujung dengan pangkal,
     kerana salah memulai.

Bermaksud :

Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
comb~ out st, a. <i>comb hair thoroughly to remove knots or tangles,i> /menyikat, menyisir/ rambut (utk membuang kusut): <i>she would sit for hours in front of the mirror ~ing out her hair,i> dia akan duduk berjam-jam di hadapan cermin menyikat rambutnya; b. <i>remove knots, tangles, etc with comb,i> /menyikat, menyisir/ rambut utk membuang [<i>ni>]: <i>if you use a hair conditioner, you don’t need to ~ out the knots every time you wash your hair,i> jika kamu menggunakan perapi, kamu tdk perlu menyikat rambut utk membuang kusut setiap kali kamu membasuhnya; c. <i>search a place throughly,i> menggeledah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flyaway<i>adji> (<i>of hairi>) halus dan mudah kusut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disarrange<i>vt put out of arrangementi>, (<i>act.i>) menye(le)rakkan; (<i>hairi>) mengusutkan, mengusaikan; (<i>pass.i>) berse(le)rak; (<i>of hairi>) kusut, usai: <i>the furniture in the room had been ~di>, perabot dlm bilik itu telah berselerak; <i>her hair had been ~d after the journeyi>, rambutnya kusut selepas perjalanan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dishevelled , (US) disheveled<i>adji> tdk kemas; (<i>of hairi>) kusut: <i>a ~ appearance,i> rupa yg tdk kemas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedraggled<i>adji> 1. <i>(of clothes etc)i> basah kuyup dan lusuh; 2. <i>(of hair)i> basah kuyup dan kusut-masai; 3. <i>(of person),i> (dlm keadaan) selekeh dan serbah-serbih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedraggle<i>vti> 1. <i>(clothes etc)i> menyebabkan basah kuyup dan lusuh; 2. <i>(hair)i> menyebabkan basah kuyup dan kusut-masai; 3. <i>(person)i> menyebabkan kelihatan selekeh dan serbah-serbih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disarray<i>ni>; in ~, a. (<i>geni>) berse(le)rak: <i>the jewellery in the cabinet was in ~i>, barang-barang kemas dlm kabinet itu berselerak; b. (<i>of dress, clothesi>) tdk keruan; c. (<i>of hairi>) kusut, usai; d. (<i>of troops, party, government, etci>) dlm keadaan kucar-kacir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
every~ now and /again, then/, ~ so often, sekali-sekala, sesekali; ~ one of /them, us, you/, setiap seorang drpd /mereka, kami, kamu/; <i>~ other (day, week, etc), /selang, lat/ /sehari, seminggu, dll/; ~ which way, (US), (<i>colloqi>), [<i>various translationsi>]: <i>you’ll have to do your hair again, it’s going ~ which way,i> kamu mesti merapikan rambutmu. Rambutmu kusut betul; <i>when the police fired tear gas at the crowd, everyone started to run ~ which way,i> apabila polis menembakkan gas pemedih mata ke arah orang ramai, semua orang mula lari bertempiaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bluff 1~ it out, menemberang, temberang: <i>the thieves were caught red-handed but they tried to ~ it out,i> pencuri-pencuri itu tertangkap ketika mereka mencuri tetapi mereka cuba temberang; ~ o’s way out, temberang utk melepaskan diri: <i>he tried to ~ his way out of the difficult situation,i> dia cuba temberang utk melepaskan dirinya drpd keadaan yg kusut itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas