Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ma] | لاما

Definisi : 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan ber­terusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit­-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ma] | لاما

Definisi : sami Buddha di Tibet dan Mongolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ma] | لاما

Definisi : 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dragbe a ~ on, melambatkan: domestic problems were a ~ on his success, masalah rumah tangga melambatkan dia mencapai kejayaan; take a ~ on, (sl) menyedut [n] lama-lama: he took a ~ on his cigar, dia menyedut cerutnya lama-lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drag~ o’s /feet, heels/, a. berjalan dgn menyeret kaki; b. (fig.) melengah-lengahkan, melambat-lambatkan: the government was accused of ~ging its feet over the reforms, kerajaan dituduh melengah-lengahkan pembaharuan; ~ /at, on/, menyedut lama-lama: when he smokes, he ~s at his cigarette, apabila dia merokok, dia menyedutnya lama-lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enduringadj lasting, lama bertahan: a poet of ~ greatness, penyair yg keagungannya lama bertahan; ~ peace, keamanan yg lama bertahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
age-oldadj /telah, sudah/ lama + approp v: ~ customs, adat resam yg telah lama diamalkan; the ~ feud between the two families, perseteruan yg telah lama wujud antara kedua-dua keluarga itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laman lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imminentadj pasti akan + approp v (tdk lama lagi); (of death) berada di ambang [maut]: war is ~, peperangan pasti akan meletus tdk lama lagi; a storm is ~, ribut pasti akan melanda tdk lama lagi; like one faced with ~ death, spt orang yg berada di ambang maut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intervalafter a long ~, lama selepas itu: after a long ~, he finally replied my letter, lama selepas itu, barulah dia menjawab surat saya; at ~s, a. occasionally, sekali-sekali: the machine would stop making its whirring sound at ~s, sekali-sekali jentera itu berhenti mengeluarkan bunyi yg bergetar; b. happening regularly after particular periods of time, pd waktu-waktu tertentu: the bell rang at ~s, loceng berbunyi pd waktu-waktu tertentu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
for~ a long time, sudah lama: I haven’t met him ~ a long time, lama saya tdk berjumpa dengannya; ~ /days, months, years, etc /, /berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun/ (lamanya); ~ life, seumur hidup; (liter.) seumur hidup, sepanjang hayat; ~ miles and miles, berbatu-batu jauhnya; ~ once, buat pertama kali: ~ once she did not object, buat pertama kali dia tdk membantah; ~ os, sendiri: she wanted to see it ~ herself, dia ingin melihatnya sendiri; ~ the present, buat masa /ini, sekarang/; be (in) ~ it, (colloq) kena engkau: you’ll be in ~ it if your sister catches you wearing her new shoes, kena engkau, jika kakak engkau nampak engkau memakai kasut barunya; /but, were it not, except /~, kalau tdk krn: but ~ her, Salleh would have died, kalau tdk krn dia, Salleh tentu mati; word ~ word, perkataan demi perkataan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high timeadv sepatutnya sudah lama: it’s ~ she got married, she’s nearly forty, sepatutnya sudah lama dia berkahwin, umurnya hampir empat puluh tahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
donkey’s yearsn (colloq) lama betul: I haven’t been there for ~, lama betul saya tak ke sana.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas