Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, seng­gang: apabila ada masa ~, kita akan ber­bincang lagi; 3. kawasan (yg luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah itu dicadangkan utk ~ sekolah; ~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan; berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); melapangkan 1. menjadikan lapang, melebar­kan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyeng­gangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; memperlapang menjadikan lebih lapang; lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; pelapang; ~ dada orang yg sabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-daup, dedaup, Bau­hinia comifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : 1 tidak sempit; luas; lega: Anak-anaknya pergi bermain layang-layang di tempat yg ~. 2 tidak sibuk; terluang (bkn waktu): Pd masa ~, dia mengajarkan bahasa Arab kpd para pegawai. ~ dada (hati) a. berasa lega dan tenang. b. sabar. ~ fikiran tidak ada yg merunsingkan; tenang. melapangi mengadakan ruang yg lapang (ttg orang yg sedang bersesak-sesak): Pengantin sudah tiba, tolong lapangi sedikit. melapangkan 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. memperlapang menjadikan lebih lapang (bkn ruang dsb). lapangan 1 kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2 jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll): Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. kelapangan 1 keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2 waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
commodiusadj lapang: a ~ house, sebuah rumah yg lapang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agoraphobian agorafobia, gerun lapang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free3. unrestricted, bebas: they are not ~ to act, mereka tdk bebas bertindak; he enjoys the ~ life of a bachelor, dia menikmati hidup bebas orang bujang; a ~ market, pasaran bebas; 4. unoccupied, a. (of person) lapang, senang: I am busy today but will be ~ tomorrow, hari ini saya sibuk tetapi esok saya lapang; b. (of time) lapang: he has very little ~ time, waktu lapangnya sedikit sekali; c. (of place) kosong: there is a ~ table in the corner, ada meja kosong di penjuru itu; is this seat ~?, kerusi ini kosong?; 5. not bound by rules, bebas: ~ verse, rangkap bebas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
criss-crossvi silang-menyilang: the lines of soldiers ~ed over the barrack square, barisan askar silang-menyilang di tanah lapang berek; footprints ~ed in the snow, jejak-jejak kaki silang-menyilang di atas salji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elbow-roomn ruang: there’s hardly any ~ in my office, hampir tdk ada ruang lagi dlm pejabat saya; no ~, sempit; plenty of ~, lapang, luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cover5. shelter, perlindungan: the fighter planes provided ~ for the bombers, kapal-kapal terbang pejuang memberikan perlindungan kpd pesawat pengebom; the land was treeless and provided no ~ for the troops, tanah itu lapang dan tdk memberikan perlindungan kpd askar-askar itu; 6. mask, disguise, topeng: the club was a ~ for unlawful activities, kelab itu merupakan topeng bagi kegiatan-kegiatan haram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forfeitvt 1. lose as a penalty, kehilangan: he had ~ed all right to the inheritance when he married a commoner, dia telah kehilangan segala hak atas warisannya apabila dia mengahwini orang kebanyakan; if you commit another violation you will ~ a point, kalau saudara melanggar peraturan sekali lagi, saudara akan kehilangan satu mata; 2. sacrifice, mengorbankan: I have ~ed much free time to make a success of this project, saya telah banyak mengorbankan masa lapang utk menjayakan projek ini; some of the scientists present at the tests ~ed their lives for science, beberapa ahli sains yg hadir semasa ujian-ujian itu telah mengorbankan nyawa mereka demi sains.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deprivevt 1. prevent from enjoying, possessing, a. (of so.) tdk + approp v: his guardian had ~d him of the company of children his age, penjaganya tdk membenarkannya bergaul dgn kanak-kanak sebaya dengannya; children who are ~d of love, kanak-kanak yg tdk mendapat kasih sayang; b. (of st), (act.) menyebabkan [sst] tdk (men)dapat; (pass.) tdk mendapat: the open fields ~d the soldiers of cover, padang yg lapang itu menyebabkan askar-askar tdk mendapat perlindungan; the river-bank was completely ~d of shade, tebing sungai itu tdk mendapat naungan langsung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
availableadj ada, [more specif descriptions are preferred in Malay]: ~ resources, sumber-sumber yg ada; all ~ ambulances were rushed to the scene of the accident, semua ambulans yg ada dikejarkan ke tempat kemalangan itu; the book is not yet ~, buku itu belum diterbitkan lagi; ~ at all leading supermarkets, dijual di semua pasar raya utama; ~ in many colours, terdapat dlm berbagai-bagai warna; the doctor is ~ now, kamu boleh berjumpa dgn doktor sekarang; be ~ for, [various translations]: he was not ~ for comment, dia tdk dapat dihubungi utk memberikan ulasan; is he ~ for a discussion this afternoon?, adakah dia lapang utk menghadiri perbincangan pd petang ini?; maps and brochures are ~ for tourists at the reception-desk, peta dan brosur utk pelancong disediakan di meja penyambut tetamu; tickets for the show are ~ for two weeks, tiket utk pertunjukan itu akan dijual selama dua minggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backadv 1. towards the rear, ke belakang: to step ~, melangkah ke belakang; 2. at a position behind, di belakang: a few miles ~, beberapa batu di belakang; 3. in the past, dahulu, dulu: it happened ~ in the days of Queen Victoria, peristiwa itu berlaku pd zaman Ratu Victoria dahulu; 4. ago, lalu, lepas, dahulu, dulu: a few days ~, beberapa hari lalu; 5. a. (to o’s home, country) pulang, balik: my husband will be ~ at six o’clock, suami saya akan pulang pd pukul enam; b. (to a former place, position or condition) kembali, balik: the manager is out, but he is expected ~ at any minute, pengurus tdk ada, tetapi dia dijangka kembali pd bila-bila masa sekarang; he is ~ in his old post again, dia sudah kembali ke jawatannya yg lama; to nurse so. ~ to health, merawat sso hingga pulih kembali; 6. in return, balik, kembali, [sometimes not translated ]: if he hits you, hit him ~!, kalau dia memukul kamu, (kamu) pukul dia balik!; ask him to ring me ~ when he is not busy, minta dia menelefon saya kembali apabila dia lapang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas