[ma.lim] | ماليم
Definisi : 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang; pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.lim] | ماليم
Definisi : 1 orang yg alim ttg agama Islam; ulama. 2 penunjuk jalan; pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)