[me.la.pang.kan] | ملاڤڠکن
Definisi : 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.la.pang.kan] | ملاڤڠکن
Definisi : 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)