Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.wa] | ڽاوا

Definisi : 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ me­nentang bahaya maut; minta ~ minta di­hidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau di­campurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan ber­se­nyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.wa] | ڽاوا

Definisi : roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan men­jadikan senyawa; menjadikan s­e­bati.mempersenyawakan menjadikan ber­­­­­­­­­se­nyawa; menjadikan bersebati. ­per­­senyawaan 1 perbuatan atau hal ber­­­­senyawa; perpaduan. 2 proses yg me­libatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyawa (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,

2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,

Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa,

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Satu nyawa dua badan.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
barelyadv 1. only just, baru (sahaja): he had ~ sat down when the telephone rang, dia baru sahaja duduk apabila telefon itu berdering; he died when he was ~ thirty, dia meninggal dunia sewaktu baru berusia 30 tahun; ~ enough, cukup-cukup (sahaja): there is ~ enough food for a week, bekalan makanan cukup-cukup sahaja utk seminggu; there is ~ enough time to get to the airport, masa cukup-cukup sahaja utk sampai ke lapangan terbang; 2. hardly, scarcely, hampir tdk: the old man was so shocked that he could ~ speak, orang tua itu begitu terkejut sehingga hampir tdk dapat berkata-kata; the room was ~ furnished, bilik itu hampir tdk ada perabotnya; ~ alive, hampir-hampir mati, tinggal nyawa-nyawa ikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ so. alive, a. prevent so’s death, menyelamatkan (nyawa) sso: the doctor was struggling to ~ him alive, doktor itu berusaha sedaya upaya utk menyelamatkan nyawanya; b. let so. live, membiarkan sso hidup, tdk membunuh ssKamus Inggeris-Melayu Dewan
endangervt membahayakan: his carelessness ~ed many lives, kelalaiannya membahayakan banyak nyawa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ cheap, tdk menghargai: to ~ life cheap, tdk menghargai nyawa; ~ conversation with so., berbual-bual dgn sso; ~ dear, memelihara dgn baik: we ~ dear those customs that were handed down from our forefathers, kita memelihara dgn baik adat resam yg diturunkan drpd nenek moyang kita; ~ /everything, it/, jangan bergerak; ~ fire, jangan tembak; ~ os erect, sso /berdiri, duduk /tegak; ~ still, jangan bergerak; ~ st steady, jangan goyangkan sst; ~ the line, (on the telephone) tunggu sebentar; ~ water, dapat dipertahankan: your theory does not ~ water, teori kamu tdk dapat dipertahankan; there is no ~ing so., tdk mungkin dapat menahan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consequentadj following as a result, akibat langsung: the ~ loss in lives and property, kerugian nyawa dan harta benda yg merupakan akibat langsung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
catastrophen bencana, malapetaka: a terrible ~ in which many people died, bencana dahsyat yg banyak mengorbankan nyawa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hazardvt expose to danger, membahayakan: the captain had ~ed the passengers’ lives, kapten kapal itu telah membahayakan nyawa penumpang-penumpang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forfeitn penalty, denda: to pay a ~ for breach of contract, membayar denda krn kemungkiran kontrak; pay the ultimate ~, mengorbankan /nyawa, jiwa/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insure~ against, a. take out insurance to protect so., st against, menginsuranskan + approp n drpd: today it is possible to ~ against almost any loss, sekarang ini ada kemungkinan utk menginsuranskan nyawa dan harta drpd sebarang kerugian; b. protect so., st against, melindungi /sso, sst/ drpd mengalami + approp n: they took all the necessary precautions to ~ against failure, mereka mengambil segala tindakan pencegahan utk melindungi syarikat mereka drpd mengalami kegagalan; ~ /so., st/ against, protect so., st by taking out an insurance, menginsuranskan /sso, sst/ drpd: it costs quite a substantial amount to ~ the building against fire, kos utk menginsuranskan bangunan itu drpd kebakaran agak tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headcome to a ~, a. sudah hampir meletus; b. (fig.) meruncing: the unrest in the country has come to a ~, keadaan gelisah di negara itu kini telah meruncing; cost so. his ~, mengorbankan nyawa sso; /cry, eat, talk/ o’s ~ off, /menangis, makan, bercakap/ semahu-mahunya; do a ~ count, kira berapa orang; fall ~ over heels, a. jatuh tunggang terbalik; b. esp fall ~ over heels in love, benar-benar jatuh cinta: he has fallen ~ over heels in love with the actress, dia telah benar-benar jatuh cinta pd seniwati itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas