Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : 1 sesuatu yg mesti dikerjakan atau diselesaikan; hal: Ada ~ penting yg perlu saya bereskan sekarang. 2 sesuatu yg berlaku; kejadian; peristiwa: ~ pembunuhan itu telah dilaporkan kpd polis. 3 sesuatu yg ada sangkut pautnya dgn undang-undang atau yg perlu dibicarakan di mahkamah; kes: Beberapa orang yg terlibat dlm ~ rasuah itu telah menerima hukuman masing-masing. ~ berbangkit perkara yg ditimbulkan semula (biasanya dlm mesyuarat) setelah dibincangkan pd masa yg lalu. memperkarakan 1 menjadikan sbg perkara; mengadukan ke muka pengadilan: Hal yg remeh itu hendak diperkarakan ke mahkamah. 2 menjadikan sbg bahan pertikaian; mempertengkarkan: Masalah yg kecil itu usahlah diperkarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
goings-onn (colloq) perkara-perkara yg berlaku: there were strange ~ at the big house, ada perkara-perkara aneh yg berlaku di rumah besar itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
basicn (usu in pl) perkara-perkara yg /pokok, asas/, asas-asas: let’s get down to ~s, mari kita tumpukan perhatian kpd perkara-perkara yg pokok saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abstruseadj sukar difahami: ~ matters, perkara-perkara yg sukar difahami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedrockn batuan dasar; get down to ~, berbincang ttg perkara-perkara asas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ghouln 1. evil spirit that preys and feeds on corpses, hantu makan mayat; 2. person with revolting tastes or habits, (orang yg) suka akan perkara-perkara ngeri: only a ~ could find pleasure in watching the executions, hanya orang yg suka akan perkara-perkara ngeri yg akan seronok menyaksikan hukuman mati dijalankan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laugh~ /about, over/, ketawa mengenangkan: we often ~ about our childhood fears, kita sering ketawa mengenangkan perkara-perkara yg menakutkan kita sewaktu kecil; how we ~ed over the incident, betapa kami ketawa mengenangkan kejadian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
generalityn 1. general statement, /perkara, hal/ umum: he confines himself to generalities when speaking to the press, dia membataskan diri pd perkara-perkara umum apabila bercakap dgn wartawan; 2. (liter.) pleasantry, basa-basi: their conversation began with various generalities about the state of the garden nextdoor, perbualan mereka bermula dgn basa-basi ttg keadaan laman rumah sebelah; 3. (fml) quality of being general, sifat umum; 4. the ~, (fml) majority, most, majoriti: the ~ of Asians have black hair, majoriti orang Asia berambut hitam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ignorancen 1. lack of knowledge, kejahilan, tdk tahu: his ~ of the basic facts, kejahilannya ttg perkara-perkara asas; 2. unawareness, tdk tahu: his remarks show his ~, kata-katanya menunjukkan bahawa dia tdk tahu; he kept his family in ~ of the situation, dia sengaja membiarkan keluarganya tdk tahu akan keadaan sebenar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disagreementn 1. difference of opinion, /percanggahan, pertentangan / pendapat: ~ on matters of policy, pertentangan pendapat ttg perkara-perkara dasar; 2. disparity, percanggahan: ~ between the two testimonials, percanggahan antara dua testimonial itu; 3. dispute, quarrel, perselisihan (faham): she left home after a ~ with her parents, dia meninggalkan rumah selepas perselisihan faham dgn ibu bapanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
introducehe made the mistake of introducing new points into his argument at the end of his speech, dia membuat kesilapan dgn memperkenalkan perkara-perkara baru dlm hujahnya di akhir ucapan; over the years, thousands of technical terms have been ~d into the language, selama beberapa tahun ini, beribu-ribu istilah teknik telah diperkenalkan ke dlm bahasa tersebut; don’t ~ personalities into the conversation, jangan sebut nama orang dlm perbualan ini; d. slip in, menyisipkan: to ~ humour into the play, menyisipkan unsur lucu dlm drama itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas