Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1 daun muda atau daun yg baru terbit (di hujung ranting atau di puncak pokok). 2 hujung sesuatu yg tajam dan runcing; puncak: ~ api; ~ jala. 3 penjodoh bilangan utk surat atau utk senjata api: se~ surat; sepuluh ~ senapang patah. 4 ki sesuatu yg di atas dan mempunyai kuasa: ~ pimpinan pemimpin tertinggi. ~ anjur pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). ~ batang pucuk pd batang pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pucuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan daun muda: tunas, taruk, pupus,
Berantonim dengan akar

2. Bersinonim dengan hujung: puncak, kemuncak, mercu, apeks.,


Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Pucuk leban gading gajah,
     bekerja segan makan gagah.

Bermaksud :

Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
helmn 1. kemudi; 2. (fig.), /pucuk, teraju/ pimpinan: with someone capable at the ~ , the country will become politically and economically strong, dgn adanya seorang yg berkebolehan dlm pucuk pimpinan, negara akan menjadi kuat dr segi politik dan ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apple-greenadj & n hijau pucuk pisang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greenishadj kehijauan: ~ white, putih kehijauan; ~ yellow, (hijau) pucuk pisang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bamboon buluh, bambu: ~ fence, pagar buluh; ~ shoot, (pucuk) rebung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asparagusn 1. (plant ) pokok asparagus; 2. (shoot ) pucuk asparagus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impotence, impotencyn 1. state of being powerless, tdk /berdaya, berupaya/; 2. (of males) mati pucuk; (med) impoten.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freshis there any ~ news from the border?, ada berita baru dr sempadan?; the trees are putting out ~ shoots, pokok-pokok itu mengeluarkan pucuk baru; don’t sit on the bench; the paint is still ~, jangan duduk atas bangku itu; catnya masih basah; ~ from st, baru + approp v sst: the biscuits are ~ from the oven, biskut itu baru keluar dr ketuhar; a boy ~ from college, budak lelaki yg baru tamat universiti; 3. not worn by use, clean and bright, bersih: she put ~ sheets on the bed, dia membentangkan cadar bersih di atas katil itu; he put on a ~ shirt before going out, dia memakai kemeja bersih sebelum keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inroadn incursion, serangan /mengejut, mendadak/; make ~s /into, on/, a. invade area held by enemy, menyerang [sst] secara /mengejut, mendadak/: to make ~s into enemy territory, menyerang kawasan musuh secara mengejut; b. invade new area held by competitor, menembusi: with the new man at the helm, the company is reportedly making ~s into the advertising industry, dgn pelantikan orang baru ke pucuk pimpinan, syarikat itu dilaporkan sedang menembusi industri pengiklanan; c. encroach on esp so as to consume, banyak menghabiskan [n]: the purchase of the house made ~s into his savings, pembelian rumah itu telah banyak menghabiskan wang simpanannya; a hobby that made ~s on his leisure time, kegemaran yg banyak menghabiskan masa lapangnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impotentadj 1. powerless, tdk mempunyai kuasa; (to do st) tdk /berupaya, berdaya/: a weak, ~ leader, pemimpin yg lemah dan tdk mempunyai kuasa; he stood rooted to the ground, ~ to help, dia berdiri terpaku, tdk berdaya menolong; 2. unable to engage in sexual intercourse, mati pucuk; (med) impoten.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
answervi 1. reply, menjawab; (by letter) menjawab, membalas: he ~ed without thinking, dia menjawab dgn tdk berfikir; she did not ~ well in the last examination, dia tdk menjawab dgn baik dlm peperiksaan yg lalu; although I have written him three letters he still hasn’t ~ed, walaupun saya telah menulis tiga pucuk surat dia masih belum membalas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas