Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.sa/] | روسق

Definisi : 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.sa/] | روسق

Definisi : 1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Puisi
 

Nasi masak sayur pun masak,
     Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
     Rasa bekah dalam dada.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Rosak bawang ditimpa jambak.

Bermaksud :

Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
badn; the ~, yg buruk, buruknya: weighing the good against the ~, menimbangkan baik buruknya; go to the ~, menjadi rosak, rosak akhlaknya: he went to the ~ after his father’s death, akhlaknya menjadi rosak selepas ayahnya meninggal dunia; take the ~ with the good, /ambil, terima/ baik buruknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
defectiveadj 1. (in function) a. (gen) rosak sedikit: a ~ electric kettle, cerek elektrik yg rosak sedikit; a ~ engine, enjin yg rosak sedikit; b. (of eyesight, hearing) rosak; c. (of memory) lemah; 2. (in appearance, form, structure) cacat: the ~ copies of a book, naskah-naskah buku yg rosak; the new transistor radio is ~, radio transistor yg baru itu rosak; 3. (of person) cacat: mentally ~, cacat mental;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broken4. damaged, not working, rosak: my watch is ~, jam tangan saya rosak; he took the ~ chair to be repaired, dia membawa kerusi yg rosak itu utk dibaiki; 5. crushed, patah; (of hea/rt) patah, hancur, remuk: a ~ man, orang yg patah semangatnya; a ~ heart, hati yg hancur; 6. (of language) teruk, tdk baik: he speaks ~ English, bahasa Inggerisnya tdk baik; he asked me something in ~ French, dia bertanya kpd saya dlm bahasa Perancis yg teruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depravedadj 1. (of person) rosak /akhlak moral/, keji, hina: a cruel and ~ man, orang yg kejam dan rosak akhlak; /lead, live/ a ~ life, hidup tdk bermaruah; 2. (of character, behaviour, mind, etc) rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damagedadj rosak: ~ goods, barang-barang yg rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
defacedadj sudah /rosak, cacat/: ~ sculptures, arca yg sudah rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut~ out, a. stop functioning, rosak: the aircraft’s engines ~ out, enjin kapal terbang itu rosak; b. (usu in pass.) be suitable for, sesuai; ~ st out, a. remove st by cutting, /memotong, menggunting/ sst: to ~ out articles from newspapers, memotong rencana drpd surat khabar; b. shape st by cutting, /memotong, menggunting/ sst: to ~ out animal shapes, memotong bentuk-bentuk binatang; c. omit st, /memotong, mengeluarkan/ sst: to ~ out irrelevant sentences, memotong ayat-ayat yg tdk berkenaan; d. stop taking st, berhenti /makan, minum/ sst: to ~ out salt, berhenti makan garam; e. stop playing st, berhenti bermain sst: he is forced to ~ out golf, dia terpaksa berhenti bermain golf; ~ so. out, memotong peluang sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damagen harm, injury, kerosakan, rosak: the ~ to the crops was considerable after the floods, selepas banjir didapati banyak tanaman yg rosak; do ~ to, (lit. & fig.) merosakkan: his article had done ~ to the company’s reputation, rencananya telah merosakkan nama baik syarikat itu; what’s the ~, (colloq) berapa bayarannya; the ~ is done, nasi sudah menjadi bubur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goodcome to no ~, menjadi rosak akhirnya: he knew that the boy would come to no ~, dia tahu bahawa budak itu akan menjadi rosak akhirnya; do ~, membuat kebaikan; do so. ~, /baik, elok/ utk sso: a week in Penang will certainly do you ~, seminggu di Pulau Pinang tentu sekali baik utk kamu; for ~ (and all), buat selama-lamanya; be /no, not any, much/ ~, tdk ada gunanya:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break10. also ~ down (of health etc) rosak: her health broke down under the strain, kesihatannya rosak akibat tekanan itu; 11. (ref to natural phenomena) a. (of fine weather) become bad, menjadi buruk: after three fine days the weather broke, sesudah tiga hari baik, cuaca menjadi buruk; b. (of storm) begin, mula membadai: the storm broke, ribut mula membadai; c. (of waves) menghempas [ke], memecah [di]: the crash of the waves ~ing against the rocks, bunyi pukulan ombak yg menghempas ke batu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas