Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,

Peribahasa

Runcing tanduk bangkah kening.

Bermaksud :

Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
acuteadj 1. keenly perceptive, shrewd, tajam + approp n: an ~ critic, seorang pengkritik yg tajam kritikannya; an ~ businessman, ahli perniagaan yg tajam perkiraannya; 2. sensitive, keen, tajam: an ~ sense of smell, deria bau yg tajam; ~ hearing, pendengaran yg tajam; 3. critical, genting, runcing: an ~ shortage of steel, masalah kekurangan keluli yg genting; 4. intense, amat sangat: ~ distress, kesedihan yg amat sangat; ~ pains in the chest, rasa sakit yg amat sangat di dada; 5. (of illness) akut, mendadak: ~ appendicitis, apendisitis akut; an ~ attack of pneumonia, serangan pneumonia yg mendadak; 6. ( math) a. (of angle) tirus: ~ angle, sudut tirus; b. (of triangle) bersudut tirus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gloven protective hand covering, sarung tangan: Malaysia exports rubber ~s, Malaysia mengeksport sarung tangan getah; fit like a ~, /benar-benar, betul-betul/ padan: the dress you bought me fits like a ~, baju yg kamu beli utk saya benar-benar padan; take off the ~s, (colloq) bertindak keras: their enmity has reached such a point that I’m afraid they’ll take off the ~s next time they meet!, permusuhan mereka telah sampai ke tahap runcing dan saya khuatir mereka akan bertindak keras apabila bertemu kelak!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas