Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), me­ngecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (me­ngecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. 2 ki serba sedikit atau serba kurang (bkn wang, pengetahuan dll); picik (bkn fikiran dll); penuh sesak (bkn sesuatu tempat dsb): Kerana hidupnya ~, dia terpaksa bekerja lebih keras drpd biasa. bersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini. menyempit 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. menyempitkan menjadikan sempit: Janganlah ~ fikiran dgn mengikut ajaran-ajaran salah itu. kesempitan 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). penyempitan perbuatan atau hal menyempitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sempit bertelempu,
     lega berlunjur.

Bermaksud :

Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
constrictedadj 1. (of blood-vessel etc) sempit, tercerut; 2. inhibited, sempit: a ~ view of life, pandangan yg sempit thdp kehidupan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hideboundadj narrow-minded, sempit fikiran, picik: a ~ bureaucrat, birokrat yg sempit fikiran; a ~ attitude, sikap picik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crampedadj 1. having limited space, sempit: they live in ~ quarters, mereka tinggal di rumah yg sempit; ~ for /space, room/, kesempitan ruang; 2. (of handwriting) halus dan rapat-rapat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insularadj 1. of an island, kepulauan: ~ people, penduduk kepulauan; ~ climate, iklim kepulauan; 2. (derog) a. (of person) narrow-minded, sempit fikirannya; (in o’s view, opinion, etc) sempit: he is ~ in his views, pandangannya sempit; b. (of outlook, view, etc) sempit; c. (of habit, prejudice, etc) berakibat drpd fikiran yg sempit; lead an ~ life, hidup dgn mengasingkan diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubby-holen ruang /sempit, kecil/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illiberaladj 1. not befitting a free man, tdk liberal, bersifat mengongkong: an ~ regime, rejim yg tdk liberal; 2. narrow-minded, bigotted, sempit, tdk liberal: his views on capital punishment are ~, pandangannya thdp hukuman bunuh adalah sempit; 3. mean, ungenerous, kedekut, kikir, bakhil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gorgen deep, narrow pass between steep heights, gaung: the river flows through a narrow ~, sungai itu mengalir melalui gaung sempit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elbow-roomn ruang: there’s hardly any ~ in my office, hampir tdk ada ruang lagi dlm pejabat saya; no ~, sempit; plenty of ~, lapang, luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchvt approp v + [sst] perlahan-lahan, sedikit demi sedikit: he ~ed the car into the narrow space, dia memandu kereta itu perlahan-lahan ke dlm ruang yg sempit; they ~ed the heavy trolley up the ramp, mereka menolak kereta sorong yg berat itu perlahan-lahan naik ke landas angkat; ~ o’s way, bergerak /perlahan-lahan, sedikit demi sedikit/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alleyn 1. also alley-way, street esp between or bend buildings, lorong: a long, narrow ~, lorong yg panjang dan sempit; 2. see BOWLING ALLEY; 3. (tennis) ruang antara; 4. path, walk in garden or park, lorong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas