Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
imperfectadj 1. not perfect, tdk sempurna; (when emphasizing the incomplete state of st) tdk /lengkap, sempurna/: he has only an ~ knowledge of the subject, dia hanya mempunyai pengetahuan yg tdk sempurna ttg perkara itu; 2. (ling) tak sempurna: ~ tense, ala tak sempurna;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imperfectionn 1. state of being imperfect, ketidaksempurnaan, tdk sempurna; (when emphasizing the incomplete state of st) tdk /lengkap, sempurna/, ketidaksempurnaan: the ~ of man must be accepted, hakikat bahawa manusia tdk sempurna mestilah diakui; 2. blemish, fault, kekurangan; (in appearance, form) cacat: she loved him in spite of his ~s, dia mencintai lelaki itu walaupun lelaki itu banyak kekurangannya; there are a number of ~s in the cloth, kain itu cacat pd beberapa tempat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchoateadj (fml) just begun and thus not properly developed, baru /bertunas, bercambah/, belum sempurna; (of plan) baru berputik, belum sempurna; (of need, longing, wish, etc) baru bersemi: his head is full of ~ ideas, kepalanya penuh dgn gagasan-gagasan yg baru bertunas; the plan was ~ and disorganized, rancangan itu belum sempurna dan tdk teratur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immaculateadj 1. very clean, tidy, bersih dan rapi: her clothes are always ~, pakaiannya sentiasa bersih dan rapi; 2. flawless, sempurna, tdk ada cacat cela: an ~ style in dress, gaya berpakaian yg sempurna; ~ behaviour, tingkah laku yg tdk ada cacat cela; have ~ manners, sungguh /sopan, tertib/; 3. morally pure, suci: an ~ heart, hati yg suci; 4. (biol) imakulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imperfectn ala tak sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
future perfectn kala depan sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoveln small, dirty dwelling place, kediaman yg kotor dan tdk sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incompleteadj 1. not entire, imperfect, tdk /lengkap, sempurna/: his nowledge of the subject is ~, pengetahuannya ttg perkara itu tdk lengkap; the collection is still ~, koleksi itu masih belum lengkap; 2. unfinished, belum siap; (of work) belum /siap, selesai/: the picture was ~ when we saw it, lukisan itu belum siap ketika kami melihatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accomplishvt 1. complete successfully, menyempurnakan, melaksanakan (dgn sempurna): to ~ an undertaking, menyempurnakan sesuatu yg telah disanggupi; 2. achieve, mencapai kejayaan, melaksanakan dgn jayanya; (aim, purpose, etc) mencapai: he has definitely ~ed more than his predecessor, dia pasti telah mencapai lebih banyak kejayaan drpd penyandang jawatan yg terdahulu daripadanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
completeadj 1. having or containing all the necessary parts, lengkap, sempurna: is your set ~?, adakah peranggu kamu lengkap?; a kitchen ~ with modern gadgets, dapur yg lengkap dgn peralatan moden; 2. finished, siap, selesai: his work is not yet ~, kerjanya belum siap lagi; 3. thorough, absolute, benar-benar, betul-betul: I am in ~ sympathy with him, saya benar-benar bersimpati terhadapnya; the project was a ~ failure, projek itu benar-benar gagal; 4. entire, seluruh: we were asked to design a ~ township, kami diminta mereka bentuk seluruh bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas