Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : /séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
aslantadj senget, miring: his hat was ~, topinya senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askewadv 1. in a crooked line, herot: the seam of her skirt runs ~, kelim skirtnya dijahit herot; 2. in a crooked position, senget: the swing door hung ~, pintu ayun tergantung senget.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askewadj 1. twisted to one side, herot: his nose is ~, hidungnya herot; 2. at an oblique angle, senget, miring; (of tall, narrow sturucture) condong, miring; (of tree) condong: a pergola that is ~, punjung yg senget; an ~ lamp post, tiang lampu yg condong; since the storm a number of the trees are ~, sejak berlakunya ribut itu beberapa batang pohon telah menjadi condong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
angle 1 at an ~, [various translations]: pictures hung at an ~, gambar yg tergantung senget; the house stands at an ~ to the street, rumah itu terletak menyerong ke jalan; inclined at an ~ of 45 degrees, condong 45 darjah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cock-eyedadj (sl) 1. having a squint, bermata juling, mata sso juling; 2. set aslant, crooked, senget, sendeng; 3. foolish, crazy, bodoh: a ~ plan, rancangan yg bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aslantadv [various translations ] : the rain fell ~, hujan turun menyerong; you must hold the blade ~, kamu mesti pegang pisau itu menyendeng; he wore his bow-tie ~, tali leher yg dipakainya itu senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
answervt 1. reply, menjawab; (by letter) menjawab, membalas: he ~ed every question, dia menjawab setiap soalan; have you ~ed the invitation?, sudahkah kamu menjawab undangan itu?; letters to be ~ed, surat-surat yg perlu dibalas; 2. react, respond to, a. (by doing st in return for) membalas: he ~ed blows with blows, dia membalas pukulan dgn pukulan; the signal was not ~ed, isyarat itu tdk dibalas; b. (by obeying, succumbing) mengikut: the listing ship would not ~ the helm, kapal yg senget itu tdk mahu mengikut kemudinya; the horse ~ed the spur, kuda itu mengikut apabila dipacu; c. (by fulfilling a need, request, etc) menyambut: many people ~ed the appeal for donations, banyak orang yg menyambut rayuan meminta derma itu; d. (by acknowledging o’s name) menyahut: to ~ a roll-call, menyahut apabila nama dipanggil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hangvi 1. be suspended, a. (gen) tergantung: the picture used to ~ there, gambar itu pernah tergantung di situ; b. (by being placed on a chair, hook, etc) tersangkut; c. (by being spread on a clothes-line, string, etc) tersidai, terampai: the washing is still ~ing on the line, basuhan itu masih tersidai di ampaian; 2. be executed by hanging, digantung: he was to ~ for her murder, dia akan digantung krn membunuh wanita itu; 3. be attached on a hinge, terpasang: the door hung crookedly, pintu itu terpasang senget; 4. fall, flow, a. (of clothes etc) tergantung, menirai: the soft woollen material ~s beautifully, kain bulu yg lembut itu tergantung dgn cantiknya; b. (of hair), (jatuh) terurai: her waist-length hair hung loose, rambutnya yg panjang separas pinggang jatuh terurai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas