[stra.té.gi] | ستراتيݢي
Definisi : (stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[stra.té.gi] | ستراتيݢي
Definisi : /stratégi/ 1 ilmu siasat perang; ilmu taktik perang. 2 rancangan atau muslihat utk mencapai sesuatu maksud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)