Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nya] | تاڽ

Definisi : 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpe­nyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan per­tanya­an, mempersoalkan: karyanya tidak men­gandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nya] | تاڽ

Definisi : ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan se­suatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan ti­dak menjalankan tanggungjawab, orang ra­mai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Kalau beli bunga selengkar,
     Tanya dulu berapa harganya;
Ibarat telur penuh sesangkar,
     Pecah sebiji pecah semua.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai si pekak tertanya-tanya.

Bermaksud :

Sangat ingin mendengar khabar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inquiringlyadv tanda tanya: her mother raised her eyebrows ~ at her, ibunya mengangkat kening tanda tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquirymake inquiries, a. more commonly make enquiries, ask questions, bertanya-tanya: he made some inquiries regarding the possibility of setting up a factory there, dia bertanya-tanya ttg kemungkinan mendirikan kilang di situ; b. investigate, menyiasat: the police are making inquiries into his activities, polis sedang menyiasat kegiatannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interrogativeadj 1. indicating inquiry, mengandungi pertanyaan: she gave him an ~ look, dia melemparkan pandangan yg mengandungi pertanyaan kpd lelaki itu; an ~ remark, kata-kata yg mengandungi pertanyaan; 2. (ling) tanya: “who” is an ~ pronoun, “siapa” ialah ganti nama tanya; ~ clause, kalimat tanya; ~ sentence, ayat tanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interrogation markn tanda /tanya, soal/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indirect questionn ayat tanya tak langsung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interrogativen interrogative word etc, kata tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guesskeep so. ~ing, (colloq) membuat sso tertanya-tanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishb. make no futher use of, habis /memakai, menggunakan/: ask Azmi if he’s ~ed with our step-ladder yet, tanya pd Azmi sudahkah dia habis memakai tangga tapak kita; c. give up permanently, berhenti: he says he has ~ed with alcohol: it was costing too much money, katanya dia sudah berhenti minum arak: belanjanya terlalu banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquiringadj 1. seeking information, ingin tahu, suka bertanya: like most other children the boy has an ~ mind, spt kebanyakan kanak-kanak lain, budak itu mempunyai sifat ingin tahu; 2. expressing enquiry, dgn tanda tanya: she gave him an ~ look, dia memandang lelaki itu (dgn) tanda tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dayany ~ (of the week), (colloq) a. (indic preference to do st) lebih suka: if you ask me, I’d live in Malaysia any ~, kalau kamu tanya saya, saya lebih suka tinggal di Malaysia; b. whenever one wants, bila-bila masa saja: if he wants he can buy ten any ~ of the week, jika dia mahu, dia boleh membeli sepuluh, bila-bila masa saja; c. (indic absolute certainty of the truth of o’s opinion) lagi: I am a better cook than she is any ~ of the week, saya lagi pandai memasak drpd dia; at break of ~, (pd) waktu /subuh, fajar menyingsing, fajar merekah, matahari terbit/; at the end of the ~, (pd) /akhirnya, kesudahannya/; before ~, sebelum /siang (hari), waktu siang/; by ~, pd /waktu siang, siang hari/; by the ~, /berdasarkan, mengikut/ hari bekerja: he is paid by the ~, dia dibayar berdasarkan hari bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas