Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikata­kan. meneguhkan 1 menjadikan te­­­­guh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh men­jadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan mene­guhkan; pengukuhan. peneguh se­suatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
adhere~ to, a. (idea, decision, demand, etc) tdk berganjak drpd, berpegang teguh pd: to ~ to o’s opinion, tdk berganjak drpd pendapat sso; b. (cause, doctrine, religion, etc) berpegang teguh pd, taat kpd: ~ to the teachings of Islam, berpegang teguh pd ajaran-ajaran Islam; c. (rule, instruction, plan, etc) berpegang teguh pd, mematuhi: he ~s to the party line, dia berpegang teguh pd pendirian parti; d. (agreement, promise, treaty, etc) berpegang teguh pd, menepati, mematuhi: to ~ to a treaty, berpegang teguh pd persetiaan; e. (person, organization) /setia, taat/ kpd: to ~ to a political party, setia kpd sst parti politik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adherencen 1. see ADHESION (sense 1.); 2. adhering, state of adhering, a. (to idea, decision, demand) /sikap, pendirian/ /tdk berganjak, berpegang (teguh)/: his uncompromising ~ to what he believes is right, sikapnya yg tdk berganjak drpd sst yg dipercayainya benar; b. (to cause, doctrine, etc) pegangan yg teguh: ~ to o’s principles, pegangan sso yg teguh pd prinsip-prinsip sso; ~ to Buddhism, pegangan yg teguh pd agama Buddha; c. (to religion) pegangan yg teguh, ketaatan; d. (to rule, instruction, plan, etc) kepatuhan, pegangan yg teguh: strict ~ to the law, kepatuhan sepenuhnya kpd undang-undang; e. (to agreement, promise, treaty, etc) kepatuhan, pegangan yg teguh; f. (to person, organization) kesetiaan, ketaatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm1adv; stand ~, bertegas: if we all stand ~, we will win, kalau kita semua bertegas, kita tentu menang; hold ~ to, berpegang teguh pd: he held ~ to his beliefs, dia berpegang teguh pd kepercayaannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foursquareadj 1. square-shaped, berbentuk segi empat dan kukuh: a large, ~ mansion, rumah besar berbentuk segi empat dan kukuh; 2. firm, solid, teguh: he stood ~ beside his friend through all his troubles, dia berdiri teguh di samping kawannya semasa kawannya menghadapi kesusahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grimadj 1. resolute, teguh, kuat: it was only through ~ determination, that he was able to finish the job, hanya dgn azam yg kuat dia dapat menyudahkan kerjanya; /hold on, hang on/ like ~ death, berpaut bermati-matian: he hung on to the tree like ~ death to avoid being swept away by the current, dia berpaut bermati-matian pd pokok itu utk mengelakkan drpd dihanyutkan oleh arus; 2. serious, unsmiling, serius, garang: looking rather ~, the director came out to talk to the reporters, dgn wajah yg agak serius, pengarah itu keluar utk bercakap dgn para wartawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ironadj 1. unyielding, /kukuh, sangat kuat, teguh/; (of discipline) keras: an ~ will, azam yg kukuh; 2. strong, robust, kuat: an ~ constitution, resam tubuh yg kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
healthyadj 1. enjoying, showing good health, sihat; (of plants) subur: ~ babies, bayi-bayi yg sihat; ~ skin, kulit yg sihat; 2. thriving, teguh: the country’s economy is fairly ~, ekonomi negara itu agak teguh; 3. conducive to health, menyihatkan, menyegarkan: the ~ air of the mountains, udara gunung yg menyihatkan; a ~ climate, iklim yg menyegarkan; 4. good, beneficial, sihat: ~ competition, persaingan yg sihat; ~ reading for school children, pembacaan yg sihat utk kanak-kanak sekolah 5. sensible, wajar: children have a ~ interest in the human body, kanak-kanak mempunyai minat yg wajar thdp tubuh manusia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm1be on ~ ground, mempunyai dasar yg /kukuh, teguh/: he is on ~ ground when he maintains that Malaysian women are beautiful, dia mempunyai dasar yg kukuh apabila menegaskan bahawa wanita Malaysia cantik-cantik; with a ~ hand, dgn tegas: the king ruled with a ~ hand for over thirty years, raja itu memerintah dgn tegas lebih drpd tiga puluh tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast1make st ~, approp + dgn /kukuh, teguh/: make the rope ~, ikat tali itu dgn kukuh; pull a ~ one on so., /mengenakan, menipu/ sso; take a ~ hold of, memegang dgn /kuat, kejap/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faithfulnessn 1. loyalty, kesetiaan: his unwavering ~, kesetiaannya yg teguh; 2. trustworthiness, kebolehpercayaan; 3. accuracy, ketepatan; 4. adherence to facts, kesetiaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas