Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
coifn tudung kepala rahib.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hub-capn /tudung, tutup/ hab.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filmyadj (of cloth) jarang: a ~ veil, tudung muka yg jarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kerchiefn (old use) cloth to cover head, kain tudung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottlen 1. narrow -necked vessel, botol: ~ cap, tudung botol; ~ -opener, pembuka botol; 2. contents of a bottle, botol: he drank a whole ~ of wine, dia meminum sebotol penuh wain; 3. milk in bottle as opposed to mother’s milk, susu botol; 4. feeding-bottle, botol susu; 5. liquor, arak; be fond of the ~, suka minum arak; on the ~, ketagih arak; over a ~, sambil minum arak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knit(ted)adj 1. (of fabric, garment) dikait: a ~ scarf, tudung kepala yg dikait; 2. wrinkled, berkerut, berkedut: ~ eyebrows, kening yg berkerut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
head-clothn a. (gen) kain tutup kepala; (long and framing the face) kain tudung (kepala); b. (as scarf, kerchief) kain ikat kepala, destar; (for women) skarf; c. (as turban) serban.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gossamern 1. very thin, soft, filmy cloth, (kain yg) nipis dan halus: a ~ veil, tudung muka yg nipis dan halus; 2. filmy cobweb, sarang labah-labah; 3. flimsy like gossamer, nipis: the ~ thin wings of a butterfly, sayap rama-rama yg nipis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fit1vi 1. be of the correct size, shape, etc, padan: the lid does not ~, tudung itu tdk padan; the hat does not ~ well, topi itu tdk begitu padan; 2. match, kena: there’s something in his story that doesn’t ~, ada sst dlm ceritanya yg tdk kena;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt2~ st down, fasten st with a bolt, /menyelak, mengancing, memalang/ sst: the lid was ~ed down, tudung itu telah diselak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas