Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
age3. time of life person is qualified for st, umur: voting ~, umur layak mengundi; retirement ~, umur bersara; 4. stage of life, peringkat umur: middle ~, peringkat separuh umur; 5. later part of life, tua, berumur: to be bent with ~, bongkok krn tua; 6. period in history, geologic time, zaman: the Dark A~s, Zaman Kelam; the Bronze A~, Zaman Perunggu; the Ice A~, Zaman Ais; 7. generation, zaman: traditions handed down through the ~s, tradisi yg diturun-temurunkan dr zaman ke zaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
age~ before beauty, yg tua didahulukan; ~ distribution, taburan umur; ~ group, /kelompok, kumpulan/ umur; ~ limit, /had, batas/ umur; /be, act/ o’s ~, jangan /berkelakuan, berperangai/ spt kanak-kanak; carry o’s ~ well, tdk dimakan /tua, usia, umur/, awet muda; come of ~, menjadi dewasa; feel o’s ~, berasa diri sso tua: he has been feeling his ~ since his retirement, dia berasa dirinya tua semenjak dia bersara; for ~s, lama betul; /look, show/ o’s ~, /kelihatan, tampak/ setua umur sso: she is over sixty but she doesn’t look her ~, umurnya lebih drpd enam puluh tahun tetapi dia tdk kelihatan setua itu; of ~, berumur: she is twenty-five years of ~, dia berumur dua puluh lima tahun; of a certain ~, agak berumur juga; of /an ~ with, the same ~/, /sebaya, seumur/ dgn; old ~, masa tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ageover ~, a. old enough, cukup umur: when you are over ~ you will be able to vote, apabila kamu cukup umur kamu boleh mengundi; b. too old, lebih umur: you are over ~ for half fares, kamu sudah lebih umur utk membayar setengah tambang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
age8. (colloq) a long time, lama betul: I waited ~s for him to come, lama betul saya menunggu dia datang; 9. (psychol) umur: mental ~, umur akal; achievement ~, umur pencapaian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agelessnessn quality of not appearing old, /wajah, orang/ yg tdk dimakan /umur, usia, tua/, orang yg awet muda: she is an example of complete ~, dia contoh orang yg tdk dimakan umur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agen 1. length of time person or thing has existed, umur, usia; (when comparing persons of the same age) /sebaya, seumur/ dgn sso: can you guess his ~?, dapatkah kamu meneka umurnya?; the ~ of the earth’s crust, umur kerak bumi; she has a daughter your ~, dia mempunyai anak perempuan yg sebaya dgn kamu; 2. normal duration, jangka /hayat, hidup/, /dijangka, dapat/ hidup: the ~ of a dog is twelve years, jangka hayat anjing ialah dua belas tahun or anjing dapat hidup selama dua belas tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chronologicallyadv 1. according to sequence, /menurut, mengikut/ kronologi: the events are recorded ~, peristiwa-peristiwa itu dirakamkan menurut kronologi; 2. (in relation to person’s actual age) umur kronologi: he is fourteen years old ~, but has the mental age of six, umur kronologinya empat belas tahun, tetapi umur mentalnya enam tahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expectation~ of life, jangkaan /umur, hayat/; /against, contrary to /(all) ~(s), bertentangan drpd apa yg /dijangka, diharapkan/: Williams, against all ~s, won the world championship, Williams, bertentangan drpd apa yg dijangka, memenangi kejohanan dunia itu; beyond /~, o’s ~s /, better than was hoped for, lebih baik drpd yg diharapkan: the concert was beyond our ~, konsert itu lebih baik drpd yg kami harapkan; /fall short of, not come up to/ so’s ~s, tdk sebaik spt yg sso harapkan: I always enjoy listening to his albums, but his latest hit single really fell short of my ~s, saya selalu seronok mendengar albumnya, tetapi lagu hit terbarunya tdk sebaik spt yg saya harapkan; live up to so’s ~s, memenuhi jangkaan sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carbon datingn tentu umur karbon.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ageunder ~, di bawah umur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas