Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sai] | اوساي

Definisi : 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sai] | اوساي

Definisi : 1 sudah selesai (bkn perhimpunan, pertunjukan dsb); berakhir; selesai; bubar: Pertunjukan itu telah lama ~. 2 habis: Wangnya ~. mengusai menjadi usai: Sekalian hadirin pun ~lah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sai] | اوساي

Definisi : tidak terpelihara (ttg rambut dll). mengusaikan menyebabkan menjadi usai (bkn rambut); menjadikan bercerai-berai atau berselerak: Ia ~ timbunan buku itu kerana mencari sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usai (adjektif)
1. Bersinonim dengan sudah selesai: berakhir, bubar, habis, siap, beres, lengkap, sempurna, tamat, sudah,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan tidak tersusun: kusut, terurai, terselerak, tidak teratur, kusut-masai,
Berantonim dengan tersusun

3. Bersinonim dengan sudah lampau: sudah berlalu, sudah lepas,

Kata Terbitan : mengusai,

Puisi
 

Gulai kangkung gulai gumbiling,
     Sayang kucai berkudut-kudut;
Amunku batah tinggal seorang,
     Kampung usai menjadi kusut.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disarrangevt put out of arrangement, (act.) menye(le)rakkan; (hair) mengusutkan, mengusaikan; (pass.) berse(le)rak; (of hair) kusut, usai: the furniture in the room had been ~d, perabot dlm bilik itu telah berselerak; her hair had been ~d after the journey, rambutnya kusut selepas perjalanan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disarrayn; in ~, a. (gen) berse(le)rak: the jewellery in the cabinet was in ~, barang-barang kemas dlm kabinet itu berselerak; b. (of dress, clothes) tdk keruan; c. (of hair) kusut, usai; d. (of troops, party, government, etc) dlm keadaan kucar-kacir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas