Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.si] | دسيسي

Definisi : 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.si] | دسيسي

Definisi : 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sisi empat kitarancyclic quadrilateralSisi empat yang terterap di dalam bulatan dengan semua bucunya terletak pada lilitan bulatan itu. Lihat rajahMenengah Atas
sisi empat kitarancyclic quadrilateralSisi empat yang terterap di dalam bulatan dengan semua bucunya terletak pada lilitan. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut pedalamaninterior angle1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam sesuatu poligon. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di antara kedua-dua garis berkenaan. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut pedalamaninterior angle1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam satu poligon. Lihat contoh 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan. Lihat ContohMenengah Atas
sudut rujukanreference angleSudut tirus bagi satu sudut yang diberi. Lazimnya, sudut rujukan merupakan sudut terkecil di antara sisi terminal dengan paksi-x. Nilai fungsi trigonometrinya sama dengan nilai fungsi trigonometri sudut yang diberi, sama ada positif atau negatif. Lihat ContohMenengah Atas
simetrisymmetryPadanan tepat dari segi saiz dan bentuk di antara satu bahagian atau sisi suatu arah atau objek.Menengah Rendah

Kembali ke atas