sempadan bawah | lower boundary | Nilai purata bagi had bawah sesuatu kelas dengan had atas kelas sebelumnya. | Menengah Atas |
sempadan atas | upper boundary | Nilai purata bagi had atas sesuatu kelas dengan had bawah kelas berikutnya. | Menengah Atas |
had bawah | lower limit | Nilai terkecil bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 20 merupakan had bawah. | Menengah Atas |
had atas | upper limit | Nilai terbesar bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 39 merupakan had atas. | Menengah Atas |
had kelas | class limit | Nilai terendah dan tertinggi bagi sesuatu kelas data. | Menengah Rendah |
ketakterhinggaan | infinity | Kuantiti yang tidak mempunyai had. Simbol bagi ketakterhinggaan positif ialah +∞, manakala bagi ketakterhinggaan negatif ialah -∞. | Menengah Atas |
senggatan | graduation | Tanda garis yang menunjukkan had atau takat sesuatu ukuran. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kamiran tak tentu | indefinite integral | Kamiran tanpa had tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |