aritmetik | arithmetic | Pengiraan asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
songsangan | inverse | Hasil yang bertentangan, iaitu kebalikan daripada sesuatu operasi. | Menengah Atas |
digit | digit | Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. | Menengah Rendah |
sampel rawak | random sample | Sampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. | Menengah Atas |
kadaran | proportion | Satu pernyataan matematik mengenai kesamaan dua nisbah, iaitu . Lihat Contoh | Menengah Atas |
putaran lengkap | complete rotation/turn | Pusingan atau kitaran penuh iaitu 360°. | Menengah Rendah |
tiga dimensi | three-dimensional | Perihal bentuk yang mempunyai tiga ukuran, iaitu panjang, lebar dan tinggi. | Menengah Atas |
nombor nisbah | rational number | Nombor yang ditulis dalam bentuk pecahan iaitu bagi dua integer, P dan q, dengan q≠0. | Menengah Atas |
nombor asli | natural number | Nombor yang digunakan dalam proses membilang iaitu 1, 2, 3, ... | Menengah Atas |
tiga dimensi | three-dimensional | Perihal bentuk yang mempunyai tiga ukuran, iaitu lebar, panjang dan tinggi. | Menengah Rendah |