implikasi | implication | Satu cadangan secara tidak langsung dalam penaakulan matematik. Tatatanda yang digunakan ialah =>. Contohnya, "Jika p ialah antejadian, q ialah akibat". | Menengah Atas |
akas | converse | Pernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil". | Menengah Atas |
ayat benar | true sentence | Pernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu. | Menengah Atas |
unit ukuran | unit of measurement | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim. | Menengah Atas |
pengkuantiti | quantifier | Pernyataan yang menerangkan bilangan objek atau kes yang terlibat dengan sesuatu kejadian. Contohnya, n(A) = 10, bermakna bilangan unsur dalam set A ialah 10 dan n ialah pengkuantiti. | Menengah Atas |
jujukan nombor | number sequence | Satu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... . | Menengah Rendah |
faktor | factor | Nombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1). | Menengah Atas |
pecahan | fraction | Nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. Nombor ditulis dalam bentuk dengan p ialah pengangka dan q ialah penyebut. | Menengah Atas |
indeks harga | price index | "Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas. | Menengah Atas |
songsang sisi | laterally inverted | Perihal imej cermin yang sebelah kanannya ialah objek, manakala sebelah kirinya ialah imej atau sebaliknya. Lihat rajah | Menengah Atas |