Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pecahan wajarproper fractionPecahan dengan pengangkanya lebih kecil daripada penyebut. Lihat ContohMenengah Rendah
nombor negatifnegative numberNombor yang nilainya lebih kecil daripada sifar. Contohnya, −2, −1, dan −0.5.Menengah Rendah
pecahan wajarproper fractionPecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut. Lihat ContohSekolah Rendah
minimumminimumNilai, amaun, atau saiz yang paling kecil atau rendah dalam satu set data.Sekolah Rendah
pecahan wajarproper fractionPecahan yang nilai pengangkanya lebih kecil daripada nilai penyebut.Menengah Atas
tertib menaikascending orderSusunan nombor mengikut nilai, dari kecil ke besar. Contohnya, 2, 14, 99, 493.Menengah Rendah
terkecilleast/smallestNilai nombor atau jumlah yang paling kecil dalam sesuatu kumpulan nombor.Sekolah Rendah
tertib menurundescending orderSusunan nombor mengikut nilai, dari besar ke kecil. Contohnya, 493, 99, 14, 2.Menengah Rendah
bilang menuruncount backMembilang nombor dalam susunan menurun. Nilai nombor semakin kecil. Contoh, 80, 70, 60, 50, 40, 30.Sekolah Rendah
pecahan termudahsimplest fractionPecahan yang pengangka dan penyebutnya merupakan angka yang paling kecil. Lihat ContohSekolah Rendah
12

Kembali ke atas