Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh­-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pernyataanstatementSuatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu).Menengah Atas
nilai kebenarantruth valueNilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu.Menengah Atas
ayat benartrue sentencePernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu.Menengah Atas

Kembali ke atas