Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ansuraninstalmentBayaran yang dibuat berperingkat-peringkat dalam suatu jangka masa tertentu untuk mengurangkan hutang.Menengah Rendah
kaedah pematahbalikanworking backward methodKaedah penyelesaian algoritma yang bermula dari peringkat hasil ke arah penyataan masalah.Menengah Atas
unit piawaistandard unitUnit ukuran yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Lihat ContohSekolah Rendah
transformasitransformationLihat penjelmaan.Menengah Atas
taksaambiguousLihat ambiguiti.Menengah Atas
segmensegmentLihat tembereng.Menengah Atas
rencatanretardationLihat nyahpecutan.Menengah Atas
piktografpictographLihat piktogram.Menengah Atas
eksponenexponentLihat indeks.Menengah Atas
antesedenantecedentLihat antejadian.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas