matriks baris | row matrix | Matriks dengan hanya 1 baris. Contohnya, (3 5 1) | Menengah Atas |
nombor ganjil | odd number | Integer yang tidak boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, −7, −5, −3, −1, 1, 3, 5, 7, ... | Menengah Atas |
kubus unit | unit cube | Kubus yang mempunyai dimensi 1 unit × 1 unit × 1 unit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pasti | certain | Perihal kebarangkalian berlakunya sesuatu kejadian yang bersamaan dengan 1. | Menengah Rendah |
kebarangkalian | probability | Ukuran berangka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Nilai kebarangkalian terletak antara 0 dengan 1, 0 ≤ P (A) ≤ 1. | Menengah Atas |
persamaan tak linear | non-linear equation | Persamaan yang melibatkan ungkapan tak linear. Contohnya, 2x² + 4x = 1. | Menengah Rendah |
persamaan tak linear | non-linear equation | Persamaan yang terdiri daripada ungkapan tak linear. Contohnya, 4x² + 5x = 1. | Menengah Atas |
integer negatif | negative integer | Nombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1. | Menengah Rendah |
skor-z | z-score | Skor piawai bagi suatu lengkung normal piawai dengan minnya 0 dan sisihan piawainya 1. | Menengah Atas |
alaf | millennium | Tempoh selama 1 000 tahun. Alaf dikenali juga sebagai milenium. 1 alaf = 1 000 tahun. | Sekolah Rendah |