Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : (sérong) 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumah-nya ~; batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~ a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah (tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain; memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~; menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll), memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang, me­mesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran; keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan; penyerongan perihal menyerongkan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : (sérong); ~ ekor sj ikan laut, Mugil dussumierii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : /sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedi­kit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hati­nya; curang. menyerong me­nyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serong (adjektif)
1. Bersinonim dengan pencong: herot, bengot, benyot, rencong, sayung, genjang, condong, mengok, mengot, senget, miring, sendeng, sadak, tuding, tubing, mendoyong, jeneng, gendeng, sondai, sinting, serendeng, reyok, melereng, ruyung, kencong, mencong, menceng, mengsol,
Berantonim dengan tegak

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak jujur, curang, tidak lurus, selingkuh, kongkalikong, palsu, pura-pura, culas, selingkuh,
Berantonim dengan amanah

Kata Terbitan : menyerong, menyerongkan, keserongan,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
serongobliquePerihal garis sendeng atau objek yang tidak menegak atau tidak mengufuk. Lihat rajahMenengah Atas
serongobliquePerihal garis satah atau objek yang tidak menegak dan tidak melintang.Menengah Rendah
silinder serongoblique cylinderSilinder yang paksinya tidak berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat rajahMenengah Atas
silinder serongoblique cylinderSilinder yang paksinya tidak berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas