Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si] | سيسي

Definisi : 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi: di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja; di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; ke sisi ke tepi, ke samping; dikesisikan diketepikan, dikesampingkan; bersisi, bersisi-sisian berdampingan, ber­dekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke sam­ping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan (kerana tidak penting dll), mengesampingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si] | سيسي

Definisi : 1 arah atau bahagian tepi sebelah kanan atau sebelah kiri sesuatu benda: Saya tidak dpt mengecamkannya kerana saya melihat dia dr ~. 2 sudut sesuatu pandangan: Dr ~ masyarakat, perkara itu memang salah. 3 garis yg me­nyempadani sesuatu rajah (segi tiga, segi em­pat dsb). menyisi 1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur. menyi­si­kan membawa ke sisi; meletakkan di sisi; mengesampingkan. di sisi 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. ke sisi (pergi dsb) ke tepi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nisbah trigonometritrigonometric ratioNisbah yang menghuraikan hubungan antara sisi-sisi dalam satu segi tiga bersudut tegak. Lihat ContohMenengah Atas
sisi bertentanganopposite sideSisi yang berlawanan dengan sudut atau sisi lain. Lihat ContohMenengah Atas
sisi bertentanganopposite sideSisi segi tiga yang terletak setentang dengan sesuatu sudut. Lihat ContohMenengah Rendah
sisi empat kitarancyclic quadrilateralSisi empat yang terterap di dalam bulatan dengan semua bucunya terletak pada lilitan bulatan itu. Lihat rajahMenengah Atas
sisi sebelahadjacent sideDua sisi yang bertemu pada satu bucu tertentu pada poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
sisi empat kitarancyclic quadrilateralSisi empat yang terterap di dalam bulatan dengan semua bucunya terletak pada lilitan. Lihat ContohMenengah Rendah
sisi empatquadrilateralPoligon yang mempunyai empat sisi, empat sudut dan empat penjuru. Sisi empat dikenali juga sebagai segi empat. Lihat ContohSekolah Rendah
sisi empatquadrilateralPoligon yang mempunyai 4 sisi. Lihat ContohMenengah Rendah
lelayangkiteSisi empat dengan setiap dua sisi bersebelahannya sama panjang. Lihat ContohMenengah Rendah
segi empat selariparallelogramSisi empat dengan setiap pasang sisi bertentangannya selari. Lihat ContohMenengah Rendah
123456789

Kembali ke atas