apakah maksud racun makhluk parosak mengikut kamus dewan bahasa?jilid dan muka surat berapa? | Saudara Azwanie, Racun perosak ialah racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1264 dan 1343. | Makna | 16.01.2010 |
Tuan/Puan, saya ingin minta tolong Tuan/Puan untuk menyemak bahasa yang digunakan dalam iklan (sila rujuk kepada lampiran) tersebut. selepas itu, saya juga ingin mendapatkan pengesahan bahawa bahasa yang digunakan adalah betul dari pegawai yang berkenaan. harap Tuan/Puan boleh tolong saya. terima kasih. | Bberapa pindaan perlu dibuat: 1. INI IKLAN RACUN PEROSAK. 2. BACA LABEL SEBELUM MENGGUNAKANNYA. 3. Isi padu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 06.03.2012 |
Terma untuk brand recall dalam bidang pengiklanan yang sebenar.adakah ianya sama dengan brand to retrieve | Ungkapan brand recall mengikut karyawan dalam bidang pengiklanan bermaksud mengaitkan sesuatu barang dengan sesuatu jenama. Contohnya ubat gigi dengan Colgate, racun makhluk perosak dengan shieldtox. Ungkapan ini juga disebut brand to retrieve. Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Pengiklan Malaysia(4As) no. telefon 03-76608535. | Istilah | 31.10.2008 |