Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ?1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Tatabahasa12.11.2015
APA BEZA ANTARA “TADIKA” DENGAN “TABIKA”?

Tadika ialah akronim bagi taman didikan kanak-kanak manakala tabika ialah akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak. Takrif tadika dan tabika dalam Kamus Dewan Perdana:

tadika pusat pendidikan awal anak-anak yg berumur empat hingga enam tahun sebelum memasuki alam persekolahan yg sebenar. Tadika ialah akronim bagi taman didikan kanak-kanak:tadika Islam; tadika swasta.

 

tabika pusat pendidikan awal kanak-kanak yg berumur empat hingga enam tahun sebelum masuk ke alam persekolahan yg sebenar. Tabika ialah akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak: tabika KEMAS; tabika perpaduan.

Ejaan21.05.2023
Salam. Pada tanda pisah, perlukah ada jarak? Berikut yang manakah contoh yang betul? (a) Buku bacaan sesuai untuk murid-murid berumur 7 -- 12 tahun. (b) Buku bacaan sesuai untuk murid-murid berumur 7--12 tahun. (c) Kanak-kanak memerlukan makanan seimbang -- untuk tumbesaran menyeluruh. (d) Kanak-kanak memerlukan makanan seimbang--untuk tumbesaran menyeluruh. Terima kasih.

Menurut buku Gaya Dewan (DBP, 2023), hlm. 114-116, tanda pisah (-) ialah tanda baca yang panjangnya satu en, ditulis tanpa ruang antara dua perkataan, serta memenuhi fungsi berikut, iaitu pemisah keterangan bagi sesuatu idea, penunjuk aliran fikiran penulis atau pembicara, pengganti perkataan “hingga” atau penghubung dua atau lebih maklumat secara setara atau bertentangan.

Walau bagaimanapun, penulisan yang mengandungi tanda pisah ini tiada ketetapan jarak dan tertakluk pada gaya penulisan sesebuah penerbit.

Tatabahasa04.02.2026
Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pencerahan, adakah maksud "tabika" sama dengan "tadika" ataupun tidak? Sekiranya tidak sama, mohon pencerahan apakah maksud sebenar "tabika" & "tadika"?Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Maksud tabika dan tadika tidak sama.

Tabika ialah akronim bagi Taman Bimbingan Kanak-kanak (tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja).

Tadika ialah akronim bagi Taman Didikan Kanak-kanak (kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun, sebelum mereka memasuki sekolah rendah)
Makna02.12.2017

Kembali ke atas