SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA. | Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian? | Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi. | Lain-lain | 13.06.2011 |
Mohon nasihat tentang penulisan perkataan berikut: "Dirasmikan Oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ataupun YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak." Kekeliruan saya di sini ialah sama ada perkataan Yang Amat Berhormat (YAB) itu dibubuh di hadapan nama khas ataupun di hadapan gelaran/jawatan. | Penggunaan gelaran dalam ayat tersebut betul, iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia atau satu lagi cara menulis/menyebutnya ialag Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak. | Ejaan | 23.03.2012 |
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu saya | Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
apakah gelaran bagi isteri yang mendapat gelaran dato' seri | Isteri kepada penerima Dato' Seri dipanggil Datin Seri. | Lain-lain | 29.03.2008 |
Salam Tuan/Puan. Apakah salutasi yang sesuai bagi berpangkat PROFESSOR DATO’ SERI IR.? | Salutasi yang dicadangkan ialah “Yang Berbahagia Profesor Dato’ Seri” | Lain-lain | 21.04.2025 |
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua, | Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur. | Lain-lain | 02.09.2010 |
Salam sejatera! Perlukah tanda noktah digunakan selepas kependekan seperti YAB/YB/YAM? Adakah tanda noktah cuma digunakan jika kependekan ini disusuli dengan nama/pangkat seseorang? Contoh: YAB. Dato' Seri XXX / YAB. Menteri Besar. Bagaimana pula jika kependekan ini digunakan begitu saja? Contoh ayat di dalam dialog: "Sejak dia digelar YB., makin menjadi betul perangai dia!" Sekian terima kasih. | Penggunaan singkatan yang betul ialah: (1) YAB (2) YB (3) YAM (4) YBhg. | Ejaan | 16.06.2020 |
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |