Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Pepat di luar,
     pancung (= rancung) di dalam.

Bermaksud :

Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih di luar, kuning di dalam). pancung = bersegi runcing.

 

Lihat selanjutnya...(4)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1) Memandangkan Kamus Dewan (semua edisi cetak) tidak mempunyai maklumat kelas kata, bagaimanakah cara untuk mengetahui kelas kata sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu? Contoh: Katakan dalam konteks pelajar di luar bandar yang rumahnya tidak mempunyai kemudahan Internet untuk membuat carian di PRPM DBP. 2) Apakah kelas kata bagi perkataan 'hitam putih' dalam konteks pernyataan bertulis sebagai bukti sesuatu perjanjian. Dalam bahasa Inggeris 'black and white' merupakan kata adjektif. Adakah sama bagi bahasa Melayu? Terima kasih.1. Saudara boleh memperoleh maklumat kelas kata dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu. Tesaurus Bahasa Melayu memasukkan kelas kata entri utama dan entri terbitan.
2. "Hitam Putih" ialah istilah dan daftar istilah bahasa Melayu tidak memberi kelas kata setiap entri.
Istilah07.03.2012
Salam sejahtera, Aakah terjemahan yang sesuai untuk "whiteheads"? Adakah terjamahan "jerawat putih" atau "bintik putih" disarankan? "whiteheads" ialah masalah pada wajah. Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Jika istilah white head dirujuk dalam bidang Pentadbiran perniagaan membawa maksud bintik putih. Bintik putih ialah nodul kecil berwarna putih pada kulit khususnya muka, merupakan kelompok keratin bulat yang terdapat betul-betul di bawah epidermis dengan diameter sehingga 4 cm.Makna27.09.2017
bagaimana penggunaan kata - di dalam fikiran atau dalam fikiran. soalan kedua - adakah langit biru dan rumah putih itu kata majmuk

Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya".

Langit biru dan rumah putih - bukan kata majmuk. Kata majmuk bermaksud gabungan dua kata yang membawa makna tertentu.

Rumah putih akan menjadi kata majmuk sekiranya merujuk kepada maknanya selain daripada rumah yang berwarna putih. Contohnya rumah putih yang merujuk kepada "White house" di Amerika.

 

Tatabahasa04.11.2008
-MENGAPAKAH PROSES PEMAJMUKAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PEMAJMUKAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ?Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. Tidak ada kaedah yang dapat menentukan pemajmukan yang mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tatabahasa29.01.2017
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.")Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu.Sastera20.08.2013
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar?

  Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7.     

Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara.           

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka.

Lain-lain15.05.2010
Apakah penjodoh bilangan untuk bawang putih ie a bulb of garlic. Bolehkan perkataan 'bancuh' digunakan dalam konteks terbitan buku. Misalnya, bancuh tepung jagung dengan air. Terima kasihPenjodoh bilangan yang sesuai ialah seulas (dalam bentuk ulas) atau selabu bawang putih. Perkataan "bancuh" boleh digunakan dalam konteks rasmi termasuklah dalam bidang penerbitan.Tatabahasa02.10.2009
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih!

Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima.

Tatabahasa06.07.2020
Saya nak bertanya ada tak terjemahan untuk nama2 jerung. Cth great white sharkUntuk makluman, istilah great white shark tidak ada dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang biasa digunakan untuk white shark ialah yu putih atau jerung putih.Istilah01.11.2012
manganMangan bermaksud unsur logam yang rapuh dan berwarna putih kekelabu-kelabuan atau dalam dialek Jawa bermaksud makan.Makna21.06.2012
12345678

Kembali ke atas