| Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
| MOHON UNTUK SEMAK PERKATAAN INI PARKIR ATAU PAKIR ATAU PARKING = TEMPAT LETAK KENDERAAN | Parkir ialah bahasa Indonesia yang bermaksud meletak kenderaan. Oleh itu dalam bahasa Melayu "parking" ialah tempat meletak kenderaan. | Makna | 12.08.2009 |
| Assalammualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan perkataan "parkir" di Malaysia. Menurut pengetahuan saya, perkataan tersebut merupakan perkataan Indonesia. Saya juga merujuk kepada laman sesawang DBP Carian PRPM dan ternyata benar, di ruangan khidmat nasihat pihak DBP memberi maklum balas bahawa perkataan parkir adalah istilah Indonesia. Namun, saya merasa hairan mengapakah di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya digunakan istilah "tempat parkir" di kebanyakan kawasan letak kereta? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP. | Untuk makluman, "parkir" ialah perkataan Indonesia dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, "parkir" ialah tempat letak kereta atau tempat letak kenderaan. Penggunaan "parkir" di kawasan berkenaan mungkin disebabkan pihak yang berkenaan tidak merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 27.11.2015 |
| Kami bercadang untuk menyediakan papan tanda meletak kenderaan secara mengundur (reverse parking) di kawasan tempat kerja. Minta nasihat adakah "LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR" sesuai digunakan? | SILA LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR | Tatabahasa | 26.01.2017 |
| Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan dengan penggunaan istilah "parkir". Mengapakah mudahnya kita menerima penggunaan istilah "parkir" sebagai pengganti kepada "tempat letak kereta". Sepatutnya DBP perlu teguh dan tegas dalam mengekalkan penggunaan istilah "tempat letak kereta" bagi memelihara keaslian bahasa Melayu. Peminjaman istilah hanyalah perlu apabila tiada istilah yang sesuai atau paling hampir dengan perkataan bahasa asing yang dirujuk. Adakah semudah itu untuk kita menerima perkataan asing untuk dimasukkan dalam bahasa Melayu apabila istilah itu lazim digunakan? Sekian. | Istilah "parkir" kata padanan "parking" (istilah sumber bahasa Inggeris) telah diterima dalam bidang Pertanian yang disepakati Majlis Antarabangsa Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Istilah "parkir" tidak digunakan/dipilih dalam istilah bidang lain, seperti Ekonomi, Kesenian dan Kejuruteraan. "Parkir" merupakan kata serumpun (bahasa Indonesia/Belanda) yang membawa maksud yang sama dengan "tempat letak kereta/kenderaan". Memandangkan kata "parkir" lebih ringkas dan sudah difahami masyarakat di negara ini, maka penggunaan kata ini lebih gemar digunakan berbanding "tempat letak kereta/kenderaan". Perkembangan bahasa telah menyebabkan masyarakat di negara ini memiliki lebih daripada 120 ribu kata bahasa Melayu (kata umum, istilah, kata pinjaman, dialek, bahasa sukuan dan bahasa serumpun) dan setiap warganegara berhak memilik kata yang sesuai untuk digunakan mengikut konteks penggunaannya. | Istilah | 20.06.2024 |
| Perkataan pakir adalah bahasa indonesia. Sekiranya hendak gunakan sebagai kata kerja dalam ayat , bagaimanakah pengunaannya? Memakir | Bahasa Melayu menggunakan istilah "tempat letak kereta", maka kata kerjanya ialah meletak kereta/kenderaan. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
| Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan. | 1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya). 3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur. 5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain. 6. Muka pintu bermaksud ambang pintu. 7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; 8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb; 9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan). Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan. | Makna | 26.11.2013 |