apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan. | Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya. | Lain-lain | 25.07.2007 |
Saya ingin bertanya, berkenaan dengan perkataan 'sekadar' , adakah perkataan ini salah ataupun kurang sesuai jika digunakan untuk mengukur kejayaan seseorang individu walaupun kejayaan tersebut merupakan kejayaan di peringkat dunia sekalipun. maksudnya, contoh ayat: seorang ahli sukan yang sekadar meraih pingat perak. mohon pencerahan. terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sekadar ialah sesuai atau seimbang dengan, sepadan dengan, cuma, atau hanya (untuk). Maka konsep yang digunakan pada contoh ayat yang diberikan boleh digunakan perkataan sekadar ini. | Tatabahasa | 19.08.2016 |
Penggunaan k dalam perkataan samada perlu 2 atau 1 k sebagai contoh galakkan atau galakan. | Kedua-dua ejaan betul. Kata nama galakan, bermaksud dorongan, desakan. Contoh ayat : Ia memberi galakan kepada belia supaya menjadi ahli sukan. Manakala galakkan termasuk dalam kategori kata kerja yang bermaksud memberi galakan, memberi desakan. Perkataan ini dalam ayat ajuk sahaja. Contoh ayat: “Galakkan anak anda menabung dari usia muda,” kata penceramah itu kepada peserta yang hadir. | Tatabahasa | 16.07.2014 |
Assalamualaikum.Saya ingin penjelasan,didalam kamus, apa perbezaan Stokin dan Stoking?Melalui semakan kertas peperiksaan pertengahan tahun bagi kertas bahasa melayu penulisan anak saya,gambar rajah yang diberi menunjukkan stokin pendek.Soalan yang diberi,apakah gambar rajah tersebut?Jawapan dari anak saya ialah stokin didapati salah.Melalui semakan,saya dapati perbezaan stokin adalah stokin pendek sementara stoking adalah stoking panjang yang kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan.Saya telah merujuk kepihak sekolah anak saya (Sekolah Kebangsaan Kuang,Rawang Selangor).Pihak sekolah mengatakan,jawapan dari anak saya adalah salah.Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan (Bahasa Melayu - Bahasa Melayu) padanan sock dalam bahasa Melayu ialah stoking. Oleh itu, ejaan stoking yang paling tepat. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my untuk menyelesaikan sebarang masalah bahasa Melayu anda. Berkemungkinan berlaku kesilapan semasa proses pemindahan data dari salinan keras kepada salinan lembut. Jika tuan berhadapan dengan kes seumpama ini, pertamanya, ambil data daripada Kamus Pelajar; dan jika tiada, ambil data yang paling banyak kerana yang sedikit itu kita anggap sebagai data yang kurang tepat. Contohnya, Kamus Pelajar merakamkan ejaan stoking dan jika dilihat kebanyakan data ialah stoking, amat sedikit data tentang stokin. | Ejaan | 16.06.2015 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "posing trunks", iaitu sejenis seluar yang dipakai oleh ahli bina badan semasa pertandingan bina badan? | Dicadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan ialah seluar sukan bina badan. | Istilah | 26.04.2008 |
saya nak tanya peninju atau petinju,dalam akhbar dan pengulas sukan menyebut petinju sedangkan tinju bermula denga huruf t maka apabila menerima imbuhan huruf t akan digugurkan dan diganti dengan huruf n menjadi peninju. | petinju - ahli tinju, orang yang berlawan tinju peninju - penumbuk, tinju | Tatabahasa | 24.08.2007 |
5. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ahli JLAKS yang menerima pingat dan darjah kebesaran seperti berikut: 6. Pengerusi turut mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2013 seperti berikut: 7. Pengerusi seterusnya memaklumkan terdapat beberapa lagi aktiviti bagi tahun 2013 yang dirancang dan bakal dilaksanakan seperti berikut: a. 15 Nov - Perbarisan Persaraan TPTL, Serah Tugas TPTL dan Majlis Jasamu Dikenang di KDSG. b. 30 Nov - Hari Keluarga Markas Tentera Laut di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Lain-lain | 13.01.2014 |