Salam Sejahtera. Saya ingin meminta pandangan daripadsnpihak tuan mengenai soalan peperiksan murid tahun 3. Ibu memandikan adik dengan _________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik di sini menunjukan umur berapa tahun? Waktu pagi tidak dinyatakan. Jika ibu itu memandikan anaknya pukul 11 pagi, adakah air suam diperlukan? Jawapan guru ialah air suam. Jika murid memberi jawapan air sejuk, adakah diterima? | Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk menilai perbendaharaan kata pelajar. | Makna | 03.11.2014 |
Thiqa El Nur Nov 2nd, 1:23am Salam sejahtera.. Saya ingin minta pandangan drpd DBP mengenai soalan peperiksaan sekolah rendah tahun 3. Seperti dibawah ini: Ibu mandikan adik dengan ________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik menunjukkan umur berapa tahun? Waktu pagi itu pukul berapa? Diharap respon soalan saya secepat mungkin . Terima kasih. | Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas/hangat. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk menilai perbendaharaan kata pelajar. | Makna | 02.11.2014 |
Saya nak tanya antara ayat berikut yang mana lebih tepat. 1. "Wah, sungguh nian sejuk air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. 2. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Ayat (1.) adalah salah. Ayat yang betul ialah 1. "Wah, sungguh sejuk nian air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. Ayat (2.) adalah betul. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? | Tatabahasa | 22.10.2015 |
apa beza penggunaan kata sejuk dan dingin? contoh; kesejukan air sungai atau kedinginan air sungai? mana satu yg betul? saya perlukan penjelasan tetntang perbezaan penggunaannya | Sejuk bermaksud tidak panas atau tidak hangat, rendah suhunya dan dingin. Maksud dingin ialah tidak panas, sejuk. Ini bermakna, sejuk dan dingin merupakan kata sinonim dan kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan contoh soalan yang telah diberikan. | Makna | 10.11.2020 |
Antara ayat berikut, yang manakah paling tepat? A. Air teh boleh diminum panas atau sejuk. B. Air teh boleh diminum panas atau diminum sejuk. | Ayat yang paling tepat ialah A. Air teh boleh diminum panas atau sejuk. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'. | Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. | Tatabahasa | 28.08.2008 |
Apakah jawapan yang sesuai, Dia memandikan adiknya dengan air ( ) kerana cuaca terlalu sejuk. a. panas b. hangat c suam d. sejuk jawapan yang dicadangkan adalah suam. bukankah air suam sesuai sebagai minuman. | Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas dan digunakan sebagai minuman atau bukan minuman. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
1. Adik kegigilan mandi air perigi yang sejuk. adakah ayat ini betul? sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah adik menggigil kerana mandi air perigi yang sejuk. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih | Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing. Ayat kedua yang betul ialah “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah “ Air terjun sangat sejuk” | Tatabahasa | 16.03.2018 |