Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (ke­rana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas; berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam; memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; memengapkan menjadikan pengap, mele­maskan, menyesakkan; terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1 tidak segar udaranya kerana ruang terlalu sempit dll: Rumahnya itu ~ saja kerana tidak bertingkap. 2 berbau hapak. memengap 1 menutup rapat-rapat sehingga tidak masuk udara. 2 ki mengurung (menyembunyikan) diri: Sesekali pergilah bersiar-siar kerana tidak elok jika ~ di rumah saja. memengapkan menjadikan pengap. terpengap tertutup atau tersembunyi (dlm bilik dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengap (adjektif)
Bersinonim dengan sesak, lemas, susah bernafas;,
Kata Terbitan : memengap, memengapkan,