Tuan, boleh tak ' anak murid' digunakan untuk merujuk murid yang kita ajar di sekolah? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, anak murid bermaksud 1. anak yang masih belajar di sekolah. 2. murid kepada seseorang guru. Oleh itu, anak murid boleh digunakan untuk merujuk murid yang diajar di sekolah. | Makna | 07.04.2011 |
Apakah perbezaan antara kepada , untuk dan terhadap ? Saya menghadapi masalah utk menerangkan kpd anak murid saya yang selalu 'confuse'. Cth ayat anak murid : 1) Pelayan itu menulis pesanan makanan untuk pelanggannya. 2) Pelanggan itu memesan makanan kepada pelayan itu. 3) Kita harulah hormat terhadap ibubapa kita. 4) Lili menulis surat untuk ibunya di kampung. 5) Ahmad menulis surat kepada ibunya di kampung. TQ | Secara keseluruhannya ayat yang dikemukakan adalah betul daripada penggunaan kata sendinya cuma terdapat bebarapa formula antaranya: 1. kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. 2. dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua sendi nama yang seupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,tetapi kecuali dalam penggabungan sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama | Tatabahasa | 18.12.2007 |
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah. Saya ingin mengetahui cara yang betul semasa menulis tarikh. Sebagai contoh, 3 Julai 2009 dan 3hb Julai 2009. Format yang manakah merupakan format yang harus digunakan sekarang semasa mengajar dan dalam semua urusan rasmi? Saya tidak ingin memberikan ajaran sesat kepada anak-anak murid saya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, Lau Faang Chyi | Biasanya untuk penggunaan '3 Julai 2009' (tanpa hb.) boleh digunakan dalam situasi biasa spt. pada gegantung, latar pentas, dsb. '3hb. Julai 2009' biasanya digunakan dalam dokumen 'legal' dan sebenarnya cara inilah yang paling tepat. | Lain-lain | 03.07.2009 |
Salam sejahtera, 1.Perkataan tinja merupakan frasa kerana boleh dikembangkan.Contohnya tinja ayam.Jadi, tinja ayam boleh digolongkan sebagai kata majmuk? Anak murid tahun tiga tanya cikgu tetapi guru tidak pasti.Minta pencerahan.Terima kasih. 2. Bagaimanakah pula dengan ' tandas lelaki'? Bolehkah digolongkan sebagai kata majmuk?Sila beri pencerahan.Terima kasih. 3. Bolehkah semua kata ganda penuh ditukar menjadi kata ganda separa? Contohnya 'kotak-kotak' menjadi 'kekotak'.Mengikut kefahaman saya, hanya kata ganda penuh yang membawa maksud tunggal boleh ditukar menjadi kata ganda separa.Contohnya, 'kupu-kupu' membawa maksud satu atau tunggal. Oleh itu, boleh ditukar menjadi kata ganda separa, iaitu kekupu.(soalan ini juga dikemukakan oleh anak murid tahun tiga saya).Sila pencerahan. | Dalam bidang linguistik, kata majmuk bermaksud kata yang merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yang dianggap sebagai satu unit dan mempunyai satu pengertian (misalnya bumiputera, papan hitam, dan lain-lain). Tahi ayam, tandas lelaki bukan merupakan kata majmuk tetapi frasa nama. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus. | Tatabahasa | 05.11.2020 |
sebagai guru saya diajar (semasa berkursus) dan mengajar anak murid saya kata ganti nama diri ia hanya untuk menggantikan manusia, tetapi dalam berita ia digunakan untuk menggantikan semua perkara di dunia ini. Mengapa kita tidak ada kata yang sepakat dalam hal ini? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
Selamat sejahtera, Bagaimanakah penggunaan 'nian' dalam ayat? Bagaimana saya hendak menerangkan kpd anak murid saya jika hanya dgn memberi 2 cth iaitu indah nian dan cantik nian? Apakah perkataan lain selain indah dan cantik? Bolehkah gemuk nian atau sebarang kata adjektif digunakan bersama 'nian'?TQ | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. | Makna | 30.01.2008 |
Salam. Minta jasa baik pihak tuan mengenai penjodoh bilangan layang-layang yang tepat. Anak murid saya bertanya dan saya terpaksa tangguhkan jawapannya. Terima kasih.. | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah layang-layang. Buah ialah penjodoh bilangan bagi benda yang tidak tentu bentuknya. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
anak murid saya di sekolah rendah ingin menghantar artikel ke majalah DBP majalah yang manakah sesuai untuk murid sekolah rendah? | Salam sejahtera, majalah yang sesuai untuk murid sekolah rendah ialah Majalah Dewan Pelajar. | Lain-lain | 05.11.2019 |
Untuk pekerjaan yang muncul selepas PKP iaitu "rider" untuk makanan dan dokumen. Apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu apabila saya mahu mengajar anak murid tentang profesion baru ini. | Cadangan padanan istilah yang sesuai untuk "rider" ialah "penghantar". Contohnya "Penghantar Makanan,/Penghantar Dokumen". | Makna | 03.07.2022 |
Saya telah menggunakan laman ini untuk merujuk kepada kesalahan ejaan. Daripada bahagian KOLEKSI Lembar Bahasa, saya dapati terdapat sebilangan ejaan pada ruangan ejaan betul telah disalah eja. Contohnya, ejaan cedekiawan dan fefinisi telah dieja salah tetapi diletakkan dalam lajur ejaan betul. Saya berharap agar kesilapan ini akan diteliti dan dibuat pembetulan kerana laman ini menjadi rujukan kepada saya dan anak-anak murid saya. Sekian, terima kasih | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengambil maklum dan tindakan hal yang berkenaan. | Ejaan | 15.07.2014 |